فَرِیقࣱ فِی ٱلۡجَنَّةِ وَفَرِیقࣱ فِی ٱلسَّعِیرِ
"...(Pada hari itu- kiamat) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka" [Surah ash-Shura 7]
#Pengakhiran hidup manusia didunia ini tatkala berlakunya kiamat. Kemudian manusia akan dibawa mengadap Allah swt untuk diperhitungkan segala amalan yang dilakukan sewaktu didunia dahulu dan akan diberikan balasan samada bahagia atau sengsara.
#Allah menyebut dengan jelas bahawa terdapat dua golongan manusia di akhirat kelak. Satu golongan yang selamat yakni mereka berjaya memasuki syurga hasil ketaatan dan kepatuhan mereka kepada Allah swt. Satu golongan lagi akan dihumban ke dalam neraka disebabkan keengkaran dan kederhakaan mereka sewaktu di dunia dahulu.
وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَاۤءَ فَلۡیُؤۡمِن وَمَن شَاۤءَ فَلۡیَكۡفُرۡۚ إِنَّاۤ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّـٰلِمِینَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَاۚ وَإِن یَسۡتَغِیثُوا۟ یُغَاثُوا۟ بِمَاۤءࣲ كَٱلۡمُهۡلِ یَشۡوِی ٱلۡوُجُوهَۚ بِئۡسَ ٱلشَّرَابُ وَسَاۤءَتۡ مُرۡتَفَقًا
"Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang" [Surah al-Kahfi 29]
#Ingatlah bahawa neraka adalah tempat kesengsaraan dan penuh penderitaan. Inilah balasan bagi hamba Allah yang degil, lalai dan gagal dalam menyediakan amal kebaikan.
#Manakala syurga adalah tempat yang penuh kegembiraan, keriangan dan kebahagiaan yang disediakan kepada insan-insan yang bertaqwa dan sentiasa mengingati Allah swt.
#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:
مَن يَدْخُلُ الجَنَّةَ يَنْعَمُ لا يَبْأَسُ، لا تَبْلَى ثِيابُهُ ولا يَفْنَى شَبابُهُ
“Sesiapa sahaja yang masuk syurga, maka ia mendapat nikmat dan tidak sengsara, bajunya tidak usang, dan tetap terus muda" (HR Muslim)
وُجُوهࣱ یَوۡمَىِٕذࣲ نَّاعِمَةࣱ * لِّسَعۡیِهَا رَاضِیَةࣱ * فِی جَنَّةٍ عَالِیَةࣲ
"Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri. Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia). (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya)" [Surah al-Ghashiyah 8-10]
♡Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mentaati segala kehendak dan perintah Allah swt agar kita tergolong dalam golongan ahli syurga. "Ya Allah, masukkanlah kami dalam kalangan hambaMu yang layak mendiami syurgaMu". Aamiiin♡
No comments:
Post a Comment