"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 7 Rabiul Awwal 1441H☆



قُل لِّلَّهِ ٱلشَّفَـٰعَةُ جَمِیعࣰاۖ لَّهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۖ ثُمَّ إِلَیۡهِ تُرۡجَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dia lah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya (untuk menerima balasan)" [Surah az-Zumar 44]

#Syafaat hanya milik Allah swt. Sesiapa yang mendapat syafaat Allah akan beroleh keuntungan dan perlepasan daripada azab di akhirat.

#Nabi saw diantara hamba Allah termulia yang pertama diizinkan Allah untuk memberi syafaat kepada umatnya yang berdosa.

#Diriwayatkan dari Sayidina Anas r.a berkata, Rasulullah saw bersabda:

أَنَا أَوَّلُ النَّاسِ يَشْفَعُ فِى الْجَنَّةِ وَأَنَا أَكْثَرُ الأَنْبِيَاءِ تَبَعًا

“Saya adalah orang yang pertama kali memberikan syafaat di syurga, dan saya adalah Nabi yang paling banyak pengikutnya" (HR Muslim)

#Rasulullah saw bersabda lagi:

خُيِّرْتُ بَيْنَ الشَّفَاعَةِ وَبَيْنَ أَنْ يَدْخُلَ نِصْفُ أُمَّتِى الْجَنَّةَ فَاخْتَرْتُ الشَّفَاعَةَ لأَنَّهَا أَعَمُّ وَأَكْفَى أَتُرَوْنَهَا لِلْمُؤْمِنِيْنَ الْمُتَّقِينَ؟ لاَ, وَلَكِنَّهَا لِلْمُذْنِبِينَ الْخَطَّائِينَ الْمُتَلَوِّثِينَ

“Aku diberi pilihan antara syafaat atau separuh umatku akan dimasukkan ke syurga. Maka aku memilih syafaat, kerana syafaat itu lebih umum dan lebih banyak. Apakah kamu sekalian melihat bahawa, syafaat itu untuk orang-orang mukmin yang bertaqwa?". Tidak, akan tetapi syafaat itu untuk orang-orang yang berdosa, penuh kesalahan, dan banyak kotoran” (HR Ahmad dan Ibnu Majah)

#Antara syafaat Rasulullah saw lagi ialah mengeluarkan umatnya yang berdosa daripada neraka. Diriwayatkan dari Sayidina Imran bin Husain r.a, Nabi saw bersabda:

يَخْرُجُ قَوْمٌ مِنَ النَّارِ بِشَفَاعَةِ مُحَمَّدٍ فَيَدْخُلُونَ الْجَنَّة

“Ada satu kaum akan keluar dari neraka lantaran syafaat Nabi Muhammad, lalu mereka masuk syurga” (HR al-Bukhari, Abu Dawud dan at-Thabrani)

#Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi rahimahullah dalam syarah beliau bagi qasidah guru beliau Imam al-Haddad rahimahullah yang dikenali sebagai "Syarhul - `Ainiyyah" pada halaman 370 menyatakan:

"Dari bentuk-bentuk syafaat Junjungan Nabi saw: (Memberi syafaat) dengan meringankan azab bagi seseorang yang kekal dalam api neraka seperti Abu Talib dan apa yang datang tentang Abu Lahab di mana dia mendapat keringanan (azab) pada setiap Isnin kerana kegembiraannya atas kelahiran Junjungan Nabi saw dalam kisahnya yang masyhur"

♡Berusaha dan berdoalah agar kita beroleh syafaat, pertolongan baginda Rasulullah saw agar diampunkan segala dosa dan kesalahan kita serta dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Jom perbanyakkan selawat kepada baginda Rasulullah saw♡


No comments: