"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 7 Rabiul Akhir 1441H☆



كَلَّاۤ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِیَ * وَقِیلَ مَنۡۜ رَاقࣲ * وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ

"Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?". Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan" [Surah al-Qiyamah 26-28]

#Ingatlah bahawa dunia ini ada pengakhirannya. Begitulah juga dengan kehidupan kita, suatu hari nanti kita akan bertemu waktu penamatnya. Semua kita akan merasainya dan sampai waktunya, wajib kita berpisah daripada dunia ini dan akan bertemu dengan kematian.

#Persoalan yang besar, apa persiapan yang perlu dibuat?. Apa persiapan yang kita telah buat? Dan sejauh mana kita menyiapkan persiapan untuk bertemu dengan kematian?

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسࣱ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدࣲۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan" [Surah al-Hashr 18]

#Persiapan yang utama ialah bertaubat di atas segala dosa, salah, silap dan mungkar yang kita telah lakukan. Daripada Sayidatina 'Aisyah r.ha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ: سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ. وفي رواية: سُبْحَانَكَ رَبِّي وَبِحَمْدِكَ، اللهُمَّ اغْفِرْ لِي

"Adalah Rasulullah saw sebelum wafat, baginda memperbanyakkan membaca doa: "Maha suci Engkau, dan dengan memujiMu, aku meminta ampun dan bertaubat kepadaMu” (HR Muslim)

#Antara persiapan untuk menghadapi kematian ialah memperelokkan amalan fardhu serta memperbanyakkan bekal ibadah khususnya ibadah sunat untuk dibawa pahalanya ke akhirat. Sabda Rasulullah saw:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مفتاح الجنة الصلاة.

"Kunci syurga itu ialah solat”.(HR at-Tirmizi)

#Mengisi waktu dengan membaca dan memahami isi kandungan al-Quran, kerana al-Quran akan mensyafaatkan orang yang sentiasa peduli padanya.

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

"Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pensyafaat kepada para pembacanya” (HR Muslim)

#Selain itu, pastikan kita beristiqamah dengan keimanan dan jalan perjuangan Islam sehingga hembusan nafas yang terakhir.

إِنَّ ٱلَّذِینَ قَالُوا۟ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُوا۟ تَتَنَزَّلُ عَلَیۡهِمُ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ أَلَّا تَخَافُوا۟ وَلَا تَحۡزَنُوا۟ وَأَبۡشِرُوا۟ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِی كُنتُمۡ تُوعَدُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu" [Surat Fussilat 30]

♡Ingatlah, bila-bila masa sahaja kita boleh ditamatkan riwayat hidup didunia ini. Yang paling utama untuk disediakan sebagai bekal mati ialah amalan yang soleh dan ganjaran perjuangan demi membela dan menyebarkan Islam. #DemiIslam♡

No comments: