فَاذْكُرُوا آلَاءَ اللَّـهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya" [Surah al-A’raf 69]
#Ayat ini menunjukkan betapa wajibnya kita bersyukur kepada Allah swt kerana kurniaan nikmatNya yang terlalu banyak dan tidak terhingga.
#Firman Allah swt:
وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
"Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata" [Surah an-Nahl 114]
فَٱذۡكُرُونِیۤ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُوا۟ لِی وَلَا تَكۡفُرُونِ
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" [Surah al-Baqarah 152]
#Berkata Muhammad bin Ka'ab al-Qurazhi rahimahullah: "Syukur adalah taqwa kepada Allah swt dan beramal soleh”
#Ini menunjukkan bahawa cara menunjukkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan ialah dengan memperbanyakkan amal soleh dan sentiasa sujud kepadaNya.
#Berkata Abu Abd al-Rahman al-Hubuli rahimahullah: “Solat adalah syukur, puasa adalah syukur dan setiap kebaikan yang dikerjakan kerana Allah swt adalah syukur. Seafdhal-afhal syukur adalah pujian”
#Marilah kita memperbanyakkan berdoa dengan doa ini:
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh" [Surah an-Naml 19]
♡Banyakkanlah bersyukur kepada Allah dengan memperbanyakkan melakukan kebaikan dan amal soleh. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang bersyukur. Aamiiin♡
No comments:
Post a Comment