إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ
“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang menyombongkan diri" [Surah an-Nahl 23]
#Islam sentiasa mengajar umatnya agak bersikap dengan sikap yang mulia dan berakhlak baik. Islam sangat membenci perlakuan buruk lagi sombong. Ini kerana sifat keji dan sombong merupakan sifat ahli neraka.
#Sayidina Haritsah bin Wahb al-Khuzai’i r.a berkata bahawa ia mendengar Rasulullah saw bersabda:
أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ قَالُوا بَلَى قَالَ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ
“Mahukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur (sombong)“ (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Sifat sombong dan bangga diri merupakan sifat buruk yang sangat dibenci oleh Allah swt:
وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالࣲ فَخُورࣲ
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri" [Surah Luqman 18]
#Kesudahan dan penamat kepada orang yang sombong ialah diharamkan syurga untuknya. Diriwayatkan dari Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a, Nabi saw bersabda:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun sebesar biji sawi.” (HR Muslim)
#Terdapat sebuah kisah mengenai orang yang sombong disegerakan azab di dunia lagi:
أَنَّ رَجُلاً أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِشِمَالِهِ فَقَال: كُلْ بِيَمِينِكَ. قَالَ لاَ أَسْتَطِيعُ قَالَ: لاَ اسْتَطَعْتَ. مَا مَنَعَهُ إِلاَّ الْكِبْرُ. قَالَ فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ.
“Ada seorang lelaki makan di samping Rasulullah saw dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah saw bersabda: “Makanlah dengan tangan kananmu!” Orang tersebut malah menjawab: “Aku tidak mampu (menggunakan tangan kananku)” Baginda bersabda: “Apakah kamu tidak mampu?”. Dia menolaknya (perintah Rasul) kerana sombong. Setelah itu tangannya tidak mampu sampai ke mulutnya (terus lumpuh)”. (HR Muslim)
*Orang tersebut mendapat hukuman di dunia lagi disebabkan perbuatannya menolak perintah Rasulullah saw dengan penuh kesombongan. Dia dihukum kerana kesombongannya.
♡Jauhi sifat sombong kerana ia merupakan sifat yang sangat dibenci dan dimurkai oleh Allah. Hanya Allah sahaja yang layak memiliki sifat tersebut. Jadilah manusia yang tawadhu' yakni merendah diri dalam mentaati Allah dan merendah diri sesama makhluk. Semoga kita sentiasa dipelihara Allah daripada sifat yang keji ini. Aamiiin♡
No comments:
Post a Comment