فَتَبَسَّمَ ضَاحِكࣰا مِّن قَوۡلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِیۤ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِیۤ أَنۡعَمۡتَ عَلَیَّ وَعَلَىٰ وَ ٰلِدَیَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحࣰا تَرۡضَىٰهُ وَأَدۡخِلۡنِی بِرَحۡمَتِكَ فِی عِبَادِكَ ٱلصَّـٰلِحِینَ
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh" [Surah an-Naml 19]
#Doa di dalam ayat ini dibaca oleh Nabi Sulaiman Alaihissalam tatkala mendengar semut mengarahkan kumpulannya berlindung daripada dipijak oleh Nabi Sulaiman dan bala tenteranya. Nabi Sulaiman Alaihissalam dikurniakan mukjizat kelebihan antaranya dapat mendengar dan memahami bahasa binatang (semut).
#Sebagai tanda kesyukuran diatas nikmat yang tidak terhitung yang dianugerahkan oleh Allah kepada baginda, maka Nabi Sulaiman Alaihissalam membaca doa yang dirakam dalam ayat diatas:
رَبِّ أَوۡزِعۡنِیۤ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِیۤ أَنۡعَمۡتَ عَلَیَّ وَعَلَىٰ وَ ٰلِدَیَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحࣰا تَرۡضَىٰهُ وَأَدۡخِلۡنِی بِرَحۡمَتِكَ فِی عِبَادِكَ ٱلصَّـٰلِحِینَ
#Inilah sifat mulia yang wajar dicontohi oleh kita sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Sulaiman Alaihissalam yakni sentiasa bersyukur. Baginda memohon di dalam doa tersebut:
1. Diilhamkan agar sentiasa tetap mensyukuri nikmat yang diberikan kepadanya dan kepada ibubapanya.
2. Agar tetap melakukan amal soleh yang diredhai Allah.
3. Memasukkannya dalam kalangan hamba Allah yang soleh.
#Jom berusaha menjadi hamba Allah yang bersyukur. Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:
الشكر يكون: بالقلب: خضوعاً واستكانةً، وباللسان: ثناءً واعترافاً، وبالجوارح: طاعةً وانقياداً
“Syukur itu dengan hati, dengan tunduk dan merasa tenang. Syukur itu dengan lisan, dengan memuji dan mengakui. Syukur itu dengan anggota badan, iaitu dengan taat dan patuh pada Allah” (Madarij as-Salikin)
♡Jom amalkan doa ini setiap hari dalam kita mengecapi nikmat yang Allah kurniakan, agar kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur♡
No comments:
Post a Comment