"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 5 Rabiul Awwal 1441H☆



فَأَمَّا مَنۡ أُوتِیَ كِتَـٰبَهُۥ بِیَمِینِهِۦ فَیَقُولُ هَاۤؤُمُ ٱقۡرَءُوا۟ كِتَـٰبِیَهۡ * إِنِّی ظَنَنتُ أَنِّی مُلَـٰقٍ حِسَابِیَهۡ

"Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): `Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!. Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!" [Surah al-Haqqah 19-20]

#Ayat ini menggambarkan suasana manusia sewaktu menerima kitab suratan amal. Bagi mereka yang menerima kitab suratan amal dengan tangan kanan, maka dia menerima dengan penuh kegembiraan bahkan diedar-edar kitabnya itu agar dibaca oleh semua orang. Gembira tersangat ini kerana dia tahu bahawa dia akan selamat dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Inilah kegembiraan yang sebenar.

فَأَمَّا مَنۡ أُوتِیَ كِتَـٰبَهُۥ بِیَمِینِهِۦ * فَسَوۡفَ یُحَاسَبُ حِسَابࣰا یَسِیرࣰا * وَیَنقَلِبُ إِلَىٰۤ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورࣰا

"Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya. Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan. Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita" [Surah al-Inshiqaq 7-9]

#Mereka juga akan dimasukkan ke dalam syurga yang teristimewa dan tertinggi. Firman Allah swt:

فَهُوَ فِی عِیشَةࣲ رَّاضِیَةࣲ * فِی جَنَّةٍ عَالِیَةࣲ

"Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya)" [Surah al-Haqqah 21-22]

#Hal ini berbeza dengan mereka yang menerima kitab suratan amal dengan tangan kiri. Mereka merasa takut, resah dan menyesal apabila menatap tulisan di dalamnya. Segalanya kejahatan mereka ditulis dengan terperinci dan tiada satu huruf pun yang tertinggal.

وَوُضِعَ ٱلۡكِتَـٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِینَ مُشۡفِقِینَ مِمَّا فِیهِ وَیَقُولُونَ یَـٰوَیۡلَتَنَا مَالِ هَـٰذَا ٱلۡكِتَـٰبِ لَا یُغَادِرُ صَغِیرَةࣰ وَلَا كَبِیرَةً إِلَّاۤ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُوا۟ مَا عَمِلُوا۟ حَاضِرࣰاۗ وَلَا یَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدࣰا

"Dan "Kitab-kitab amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun" [Surah al-Kahfi 49]

#Golongan yang menerima kitab suratan amal dengan tangan kanan ialah mereka yang beriman, bertaqwa, taat serta patuh pada seluruh perintah Allah swt. Manakala golongan kiri ialah mereka yang kafir, derhaka, fasiq dan menentang Allah swt.

♡Jadilah manusia yang taat dan benar-benar bertaqwa kepada Allah, semoga kita beroleh suratan amal dengan tangan kanan serta beroleh syurgaNya yang tertinggi. Aamiiin♡


No comments: