"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 5 Rabiul Akhir 1441H☆



وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَ ٰ⁠جࣰا وَجَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَزۡوَ ٰ⁠جِكُم بَنِینَ وَحَفَدَةࣰ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّیِّبَـٰتِۚ أَفَبِٱلۡبَـٰطِلِ یُؤۡمِنُونَ وَبِنِعۡمَتِ ٱللَّهِ هُمۡ یَكۡفُرُونَ

"Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?" [Surah an-Nahl 72]

#Allah swt menyatakan bahawa pelbagai nikmat yang telah dikurniakanNya kepada hamba-hambaNya, di mana Allah swt menjadikan bagi mereka isteri-isteri dari jenis mereka sendiri agar wujud keharmonian, cinta dan kasih sayang. Kemudian Allah swt menciptakan anak dan cucu dari perkahwinan mereka itu agar menambahkan lagi kemeriahan dan keceriaan hidup. Oleh itu, sepatutnya manusia bersyukur dengan jalan taqwa kepada Allah diatas nikmat keluarga yang dikurniakanNya ini, bukannya engkar dan kufur kepadaNya.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِی خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسࣲ وَ ٰ⁠حِدَةࣲ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالࣰا كَثِیرࣰا وَنِسَاۤءࣰۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِی تَسَاۤءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَیۡكُمۡ رَقِیبࣰا

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu" [Surah an-Nisa' 1]

#Sabda Baginda saw:

إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

"Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki" (HR al-Baihaqi dan at-Tabarani)

#Sebagai tanda syukur dan taqwa kepada Allah swt, maka bentuklah rumahtangga (isteri dan anak-anak) dengan acuan Syarak yakni dengan memimpin mereka agar sentiasa mentaati perintah Allah swt. Silaplah jika kita hanya sibuk melatih anak-anak menghafal abjad dan nombor tanpa berusaha menanamkan jiwa tauhid yang kukuh dalam perkembangan hidup mereka.

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ

"Dan perintahkanlah keluargamu (serta umatmu) supaya berterusan mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya..." [Surah Thaha 132]

♡Jadilah manusia yang taat kepada Allah dan berusaha membentuk keluarga agar mentaati Allah swt dalam seluruh urusan kehidupan. Bersyukurlah dengan nikmat isteri dan zuriat yang telah dikurniakanNya♡

No comments: