وَلَا یُنفِقُونَ نَفَقَةࣰ صَغِیرَةࣰ وَلَا كَبِیرَةࣰ وَلَا یَقۡطَعُونَ وَادِیًا إِلَّا كُتِبَ لَهُمۡ لِیَجۡزِیَهُمُ ٱللَّهُ أَحۡسَنَ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ
"Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil, atau yang besar; dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan" [Surat At-Tawbah 121]
#Ayat swt dengan tegasnya menyatakan bahawa tidak sekali-kali mereka yang membelanjakan hartanya untuk jihad dan dalam peperangan di jalan Allah samada sedikit atau banyak bahawa mereka akan dibalas dengan balasan yang tersangat lumayan.
#Begitu juga bagi mereka yang berjalan kaki atau berkenderaan yang dalam perjalanan menuju ke medan pertempuran melawan musuh bahawa setiap langkah mereka dinilai sebagai amal yang soleh.
#Dikisahkah di dalam hadis bahawa Sayidina Usman bin Affan r.a antara sahabat yang mempunyai bahagian ganjaran yang besar dari apa yang disebutkan dalam ayat yang mulia ini:
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ: جَاءَ عُثْمَانُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَلْفِ دِينَارٍ فِي ثَوْبِهِ حِينَ جَهَّز النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَيْشَ الْعُسْرَةِ قَالَ: فَصَبَّهَا فِي حِجْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَلِّبُهَا بِيَدِهِ وَيَقُولُ: “مَا ضَرّ ابْنَ عَفَّانَ مَا عَمِلَ بَعْدَ الْيَوْمِ”. يُرَدِّدُهَا مِرَارًا
"Daripada Sayidina Abdur Rahman bin Samurah r.a menceritakan bahawa Sayidina Usman ibnu Affan r.a datang kepada Nabi saw dengan membawa seribu dinar yang di simpan di dalam bajunya. Ketika itu Nabi saw sedang mempersiapkan pasukan Usrah (perang Tabuk). Maka Sayidina Usman r.a menuangkan semua wang yang dibawanya itu ke pangkuan Nabi saw Maka aku (Abdur Rahman) melihat Nabi saw membolak-balikkan wang itu dengan tangannya seraya bersabda: "Tiada yang membahayakan Usman lagi sesudah apa yang diamalkannya pada hari ini". Kalimah ini diucapkan oleh Rasulullah saw secara berulang-ulang".
#Inilah kemuliaan dan sanjungan Allah kepada mereka yang berjuang, berjihad dan membela agama Allah swt dengan harta dan jiwanya. Pelbagai kurniaan lumayan dikurniakan kepada para pejuang yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah. Bahkan mereka di jauhkan daripada azab neraka di akhirat kelak. Firman Allah swt:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةࣲ تُنجِیكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِیمࣲ
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَ ٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَ ٰلِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" [Surah as-Saf 10-11]
♡Infaqkanlah harta dan jiwa kita untuk membela agama Allah swt dengan kadar kemampuan kita. Walau sekecil manapun sumbangan kita untuk agama, tetap besar balasan yang dibalas oleh Allah swt kepada kita. Rebutlah peluang keemasan ini demi membela agama yang mulia ini. #DemiIslam♡
No comments:
Post a Comment