رَبِّ ٱجۡعَلۡنِی مُقِیمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّیَّتِیۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَاۤءِ
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Surah Ibrahim 40]
#Di dalam al-Quran banyak dipaparkan pelbagai doa yang dipanjatkan oleh insan-insan pilihan Allah yakni para Rasul dalam kisah-kisah perjalanan hidup mereka. Dan daripada doa-doa itu kita boleh mengambil pelajaran berharga dan menjadi teladan untuk ditiru ketika bermunajat memohon doa kepada Allah swt.
#Diantara doa yang boleh dijadikan ikutan ialah doa Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam sebagaimana dirakamkan dalam ayat diatas.
#Di dalam ayat ini, Nabi Ibrahim Alaihissalam memohon kepada Allah agar dijadikan baginda hamba Allah yang istiqamah mendirikan solat begitu juga zuriat keturunannya. Ini di antara doa yang terbaik untuk kita berdoa agar ahli keluarga kita tergolong dalam kumpulan hamba Allah yang kuat mendirikan solat.
#Selain itu Nabi Ibrahim Alaihissalam juga berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak keturunannya daripada kalangan hamba Allah yang soleh. Hal ini di rakamkan Allah di dalam Surah as-Saffaat ayat 100.
رَبِّ هَبۡ لِی مِنَ ٱلصَّـٰلِحِینَ
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung daripada orang-orang yang soleh!" [Surah as-Saaffat 100]
#Melihat kesungguhan Nabi Ibrahim Alaihissalam dalam memastikan zuriat keturunannya menjadi zuriat yang beriman kepada Allah dan rajin melakukan ketaatan kepada Allah, maka sewajarnya teladan ini ditiru dan diikuti oleh kita semua.
♡Dalam kehidupan pada hari ini yang semakin mencabar terutama dalam pembentukan sahsiah anak-anak maka tersangat wajar umat Islam meniru doa yang dimunajatkan oleh Nabi Ibrahim ini. Semoga Allah menjadi keluarga kita keluarga yang soleh dan sentiasa melazimkan diri dengan solat lima waktu dan solat-solat sunat. Aamiiin♡
No comments:
Post a Comment