"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 4 Jamadil Awwal 1441H☆



یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَیِّبَـٰتِ مَا كَسَبۡتُمۡ وَمِمَّاۤ أَخۡرَجۡنَا لَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِۖ

"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu..." [Surah al-Baqarah 267]

#Allah swt memerintahkan kita agar mengeluarkan zakat dan juga infaq fi sabilillah daripada harta yang dikurniakan Allah kepada kita samada berupa rezeki daripada hasil perniagaan, pertanian, pendapatan tahunan dan sebagainya.

#Perintah ini untuk mereka yang memiliki harta. Namun bagi golongan yang tidak memiliki harta, jangan bimbang dan risau kerana sedekah bukan hanya dengan harta.

#Daripada Sayidina Abu Zar r.a berkata: "Sesungguhnya sebahagian daripada para sahabat Rasulullah saw berkata kepada baginda saw: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya lebih banyak mendapat pahala, mereka mengerjakan solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka”. Nabi saw bersabda,: “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu untuk bersedekah?". Sesungguhnya tiap-tiap tasbih adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah dan persetubuhan salah seorang di antara kamu (dengan isterinya) adalah sedekah". Mereka bertanya: “ Wahai Rasulullah, apakah (jika) salah seorang di antara kami memenuhi syahwatnya, ia mendapat pahala?” Rasulullah saw menjawab: “Tahukah engkau jika seseorang memenuhi syahwatnya pada yang haram, dia berdosa. Demikian pula jika ia memenuhi syahwatnya itu pada yang halal, ia mendapat pahala" (HR Muslim)

#Hadis ini menunjukkan bahawa jalan sedekah itu luas cabangnya. Berzikir dikira pahala sedekah. Berhubungan intim dengan isteri juga dikira pahala sedekah. Nasihat menasihati, mengajak kepada kebaikan, mencegah seseorang melakukan kejahatan juga termasuk dalam pahala sedekah. Ini menunjukkan keluasan dalam melakukan kebaikan.

♡Bersempena berada di penghujung tahun 2019, marilah kita berusaha meningkatkan amal kebaikan untuk masa depan akhirat kita serta berazam untuk menggandakan lagi sedekah dan amal kebaktian kita pada tahun baru 2020, InsyaAllah♡


No comments: