وَأَنِ ٱسۡتَغۡفِرُوا۟ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوۤا۟ إِلَیۡهِ یُمَتِّعۡكُم مَّتَـٰعًا حَسَنًا إِلَىٰۤ أَجَلࣲ مُّسَمࣰّى وَیُؤۡتِ كُلَّ ذِی فَضۡلࣲ فَضۡلَهُۥۖ وَإِن تَوَلَّوۡا۟ فَإِنِّیۤ أَخَافُ عَلَیۡكُمۡ عَذَابَ یَوۡمࣲ كَبِیرٍ
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya)" [Surah Hud 3]
#Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah: Maksudnya, dan Allah memerintah kamu untuk memohon keampunan kepada Allah swt atas dosa-dosa yang telah berlalu serta bertaubat kepadaNya daripada perbuatan tersebut, dan kamu tetap dan berterusan atas hal yang demikian. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim)
#Ini menunjukkan perintah agar kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh, memohon agar Allah swt mengampunkan dosa-dosa kita dan berusaha berubah menjadi manusia yang benar-benar taat kepada Allah swt dengan menyibukkan diri dengan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan.
#Untuk mendapat kesenangan dunia dan akhirat, mestilah hidup dalam keadaan suci daripada dosa. Untuk suci daripada dosa jalannya ialah taubat dan taubat. Yakni taubat yang berterusan sehingga kembali ke sisi Allah swt.
وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya" [Surah an-Nur 31]
#Namun, bagi sesiapa yang meninggalkan dunia ini dalam keadaan membawa dosa, dibimbangi tidak akan selamat bahkan akan dikenakan azab yang pedih di akhirat kelak.
♡Bertaubatlah pada setiap masa kerana kita insan yang banyak melakukan dosa. Jadilah manusia yang taat dan patuh sepenuhnya kepada Allah swt. Semoga kita beroleh kejayaan dan keuntungan di dunia dan di akhirat. Aamiiin♡
No comments:
Post a Comment