إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِینَ وَٱلۡمُصَّدِّقَـٰتِ وَأَقۡرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا یُضَـٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرࣱ كَرِیمࣱ
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia" [Surah al-Hadid 18]
#Antara amalan soleh yang disukai oleh Allah dan dijanjikan ganjaran pahala yang berganda-ganda banyaknya serta dikurniakan pahala yang mulia ialah amalan sedekah. Orang yang rajin bersedekah merupakan manusia yang berjaya mencontohi baginda Rasulullah saw dalam menguruskan harta. Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, katanya:
كان النبي صلى الله عليه وسلم أشجع الناس وأجود الناس
“Rasulullah saw adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah swt untuk meraih ganjaran pahala yang luar biasa dan mengaut keuntungan yang banyak ialah melalui jalan sedekah. Dan sifat suka memberi (bersedekah) itu merupakan salah satu daripada sifat Allah swt.
إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها
“Sesungguhnya Allah swt itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia. Ia membenci akhlak yang buruk” (HR al-Baihaqi. Sahih)
#Orang yang mudah untuk bersedekah merupakan manusia yang memiliki iman yang benar dan bagus. Manakala orang yang bakhil, imannya bermasalah dan cacat. Sabda Rasulullah saw:
والصدقة برهان
“Sedekah adalah bukti (keimanan)” (HR Muslim)
*Imam an-Nawawi menjelaskan: “Iaitu bukti kebenaran imannya. Oleh kerana itu sedekah (sadaqah) dinamakan demikian kerana merupakan bukti dari Shidqu Imanihi (kebenaran imannya)”.
#Ingatlah bahawa orang yang beriman tidak akan bakhil. Sabda Nabi saw:
لاَ يَجْتَمِعُ الشُّحُّ وَ اْلإِيْمَانُ فِي قَلْبِ عَبْدٍ أَبَدًا
“Sifat bakhil dan iman tidak akan berkumpul dalam hati seseorang selama-lamanya” (HR Ahmad dan Ibnu Hibban)
#Selain itu, sedekah juga dapat menghapuskan dosa kita. Disebabkan hampir setiap hari kita melakukan dosa maka sewajarnya setiap hari kita melazimkan diri untuk bersedekah. Sabda Rasulullah saw:
والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار
“Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api” (HR at-Tirmizi)
♡Mukmin yang sejati itu ialah seorang yang dermawan lagi pemurah. Jom raih kebahagiaan dunia dan akhirat dengan sentiasa bersedekah♡
No comments:
Post a Comment