لَا یُؤَاخِذُكُمُ ٱللَّهُ بِٱللَّغۡوِ فِیۤ أَیۡمَـٰنِكُمۡ وَلَـٰكِن یُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ ٱلۡأَیۡمَـٰنَۖ فَكَفَّـٰرَتُهُۥۤ إِطۡعَامُ عَشَرَةِ مَسَـٰكِینَ مِنۡ أَوۡسَطِ مَا تُطۡعِمُونَ أَهۡلِیكُمۡ أَوۡ كِسۡوَتُهُمۡ أَوۡ تَحۡرِیرُ رَقَبَةࣲۖ فَمَن لَّمۡ یَجِدۡ فَصِیَامُ ثَلَـٰثَةِ أَیَّامࣲۚ ذَ ٰلِكَ كَفَّـٰرَةُ أَیۡمَـٰنِكُمۡ إِذَا حَلَفۡتُمۡۚ وَٱحۡفَظُوۤا۟ أَیۡمَـٰنَكُمۡۚ كَذَ ٰلِكَ یُبَیِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَایَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur" [Surah al-Ma'idah 89]
#Sumpah yang dilakukan tanpa sengaja, tidak dikira salah oleh Allah swt. Namun, jika sumpah itu dilakukan dengan sengaja dan bersungguh-sungguh maka termasuk dalam kesalahan, dikenakan kaffarah dan jika sumpah palsu termasuk pula dalam dosa yang besar.
#Berkata Sayidatina Aisyah r.ha:
نُزِلَتْ فِي قَوْلِهِ: لاَ وَاللَّهِ، وَبَلَى وَاللَّهِ
"Ayat ini diturunkan berkaitan dengan kata-kata seorang lelaki yang menyebut tidak, demi Allah! Dan bahkan, demi Allah!” (HR al-Bukhari dan Abu Daud)
#Ini menunjukkan jika seseorang yang biasa menyebut tidak, demi Allah (لا، والله) dan bahkan, demi Allah (بلى، والله), kata-kata yang demikian tidak dianggap sumpah dari segi syara’ dan dikira tanpa sengaja.
#Berbeza dengan mereka yang bersungguh-sungguh bersumpah dan jika mereka melanggari sumpah atau tidak dapat ditunaikan apa yang disumpah maka mereka perlu membayar kaffarah sumpah sebagaimana yang disebut dalam ayat diatas.
#Pada peringkat awal seseorang yang bersumpah diberi pilihan menunaikan kaffarah kepada tiga jenis perkara berikut, iaitulah:
1) Memberi makan sepuluh orang miskin, atau
2) Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin, dan
3) Memerdekakan seorang hamba.
#Jika tidak mampu melakukan tiga pilihan di atas, maka mengikut tertib berikutnya hendaklah dia berpuasa tiga hari samada secara berturut-turut atau tidak berturut-turut. Para fuqaha telah bersepakat bahawa puasa hanya boleh dilakukan jika dia tidak mampu melakukan tiga pilihan di atas.
♡Sebolehnya janganlah sewenang-wenangnya bersumpah apatah lagi jika sumpah itu tidak mampu ditunaikan dan bertentangan dengan ajaran Islam. Sama-samalah kita menginsafi diri dan menambahkan ilmu pengetahuan agama dalam hal ehwal berkaitan sumpah dan selainnya♡
No comments:
Post a Comment