قَالَ ٱلۡمَلَأُ ٱلَّذِینَ ٱسۡتَكۡبَرُوا۟ مِن قَوۡمِهِۦ لَنُخۡرِجَنَّكَ یَـٰشُعَیۡبُ وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مَعَكَ مِن قَرۡیَتِنَاۤ أَوۡ لَتَعُودُنَّ فِی مِلَّتِنَاۚ قَالَ أَوَلَوۡ كُنَّا كَـٰرِهِینَ
Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama kami". Nabi Syuaib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?" [Surah al-A'raf 88]
#Sejak dahulu lagi, kisah berkaitan halangan, penindasan, kezaliman terhadap umat Islam yang dilakukan oleh orang bukan Islam telah pun berlaku. Hal ini berpanjangan sehingga hari ini. Sebenarnya perkara ini telah pun dirakamkan oleh Allah di dalam ayat di atas bahawa bukan hanya orang biasa yang dizalimi dan ditindas malah para Nabi dan Rasul juga menjadi sasaran kezaliman dan pengusiran oleh golongan kuffar yang memusuhi Islam dan umat Islam.
#Demikianlah watak orang kafir yang memiliki kekuasaan dan kekuatan, mereka amat membenci orang Islam yang berpegang teguh di atas landasan tauhid. Apabila mereka telah merasa diri mereka memiliki kekuatan, maka mereka akan menggunakan ancaman dan penindasan sebagai cara untuk melemahkan keimanan umat Islam.
ٱلَّذِینَ أُخۡرِجُوا۟ مِن دِیَـٰرِهِم بِغَیۡرِ حَقٍّ إِلَّاۤ أَن یَقُولُوا۟ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ
"Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah" [Surah al-Hajj 40]
#Sebagai umat Islam, sepatutnya kita berjihad dan berjuang untuk mempertahankan umat Islam daripada ditindas, dizalimi dan dibunuh.
أُذِنَ لِلَّذِینَ یُقَـٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُوا۟ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصۡرِهِمۡ لَقَدِیرٌ
"Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)" [Surah al-Hajj 39]
#Rasulullah saw mencela orang Islam yang membiarkan saudara seIslam mereka dihina dan dizalimi. Sabdanya: “Barangsiapa yang menyaksikan saudara Muslimnya dihina dan dia tidak membantunya sedangkan dia mampu, maka Allah swt akan menghinanya dihadapan sekalian makhluk dihari akhirat” (HR al-Baihaqi)
#Ingatlah bahawa setiap nyawa umat Islam itu sangat dimuliakan oleh Allah. Bagi mereka-mereka yang mempunyai kuasa dan kekuatan di tangan, maka seharusnya memahami bahawa menjadi tanggungjawab utama mereka untuk bersatu melindungi nyawa dan kehormatan umat Islam.
#Daripada Abdullah bin Umar: "Aku pernah melihat Rasulullah melakukan tawaf mengelilingi Kaabah dan baginda bersabda: “Alangkah indahnya engkau Kaabah, alangkah harumnya baumu, alangkah agungnya dirimu, alangkah agungnya kehormatanmu. Demi jiwa Muhammad yang ada di dalam genggamanNya, kehormatan, harta dan darah (jiwa) seorang mukmin itu lebih agung di sisi Allah daripada keagunganmu (Kaabah). Kita tidak boleh berprasangka kepadanya (kepada seorang mukmin), kecuali prasangka yang baik” (HR Ibnu Majah)
#Berwaspadalah, kerana sesiapa yang tidak peduli saudaranya yang dizalimi, maka Allah juga tidak akan mempedulikannya saat ia memerlukan Allah. Sabda Nabi saw: “Tidaklah seorang lelaki yang membiarkan saudara Muslimnya disuatu tempat yang kehormatannya dirampas dan harga dirinya dihina, melainkan Allah akan membiarkannya pada suatu keadaan yang dia sangat mengharapkan pertolonganNya.” (HR Abu Daud)
♡Hiduplah dalam keadaan penuh kasih sayang walaupun berlainan bangsa, agama dan warna kulit. Jangan menzalimi orang lain. Kita wajib peduli kepada saudara seakidah kita, jangan menutup mata atau memekakkan telinga saat saudara kita dizalimi, ditindas dan diusir daripada bumi tempat tinggal mereka. Jangan sampai kita dimurkai oleh Allah. Ayuh umat Islam, bangkitlah!!♡
No comments:
Post a Comment