"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 25 Rabiul Akhir 1441H☆



وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَیِّـَٔاتِهِمۡ وَلَنَجۡزِیَنَّهُمۡ أَحۡسَنَ ٱلَّذِی كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan" [Surah al-Ankabut 7]

#Dengan beriman kepada Allah serta melakukan amal soleh, dosa dan kesalahan yang kita lakukan akan dihapuskan oleh Allah swt. Ini satu tawaran yang sangat besar bagi orang-orang yang beriman. Hidup  tanpa dosa dan mati dalam keadaan diampuni dosa adalah satu kemuliaan.

#Antara amal soleh yang menghapuskan dosa ialah

1. Solat. Firman Allah swt:

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَیِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفࣰا مِّنَ ٱلَّیۡلِۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَـٰتِ یُذۡهِبۡنَ ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّ ٰ⁠كِرِینَ

"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat" [Surah Hud 114]

2. Sedekah. Sabda Nabi saw:

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api” (HR at-Tirmizi)

3. Berwudhuk. Sabda Nabi saw:

“Barangsiapa yang berwudhuk seperti wudhukku ini, maka dosa-dosanya yang terdahulu akan diampuni" (HR Muslim dan an-Nasaie)

4. Puasa. Sabda Nabi saw:

“Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan iman dan ikhlas (mencari pahala kerana Allah) maka diampuni dosanya yang sudah lewat” (HR al-Bukhari dan Muslim)

5. Zikir. Sabda Nabi saw:

“Barang siapa membaca: Subhanallahi Wabihamdihi (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) seratus kali dalam sehari, maka dosanya akan dihapus, meskipun sebanyak buih lautan”.

#Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah mengatakan: "Maksiat (dosa) sangat berbahaya terhadap hati dan fizikal. Sesiapa yang masih hidup dengan bergelumang maksiat (dosa), dia hanya akan merosak kehidupannya dan membawa kecelakaan di dunia dan akhirat".

#Selain diampunkan dosa, Allah swt menjanjikan bahawa mereka akan dibalas dan dikurniakan dengan sebaik-baik balasan yakni dimasukkan ke dalam syurga.

♡Lakukanlah amal soleh dengan penuh keimanan dan ketaqwaan semoga dosa kita diampuni dan dimasukkan kita ke dalam syurgaNya. Aamiiin♡

No comments: