وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِۖ وَمَا یَعۡقِلُهَاۤ إِلَّا ٱلۡعَـٰلِمُونَ
"Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya" [Surah al-Ankabut 43]
#Apa saja perumpamaan, contoh dan pemberitahuan Allah di dalam al-Quran kepada manusia adalah untuk dibaca dan difahami serta diamalkan. Namun hanya orang yang berilmu (belajar) sahaja yang memahaminya. Bagi yang tidak belajar maka dia tidak akan memahami bahkan tergolong di kalangan orang yang jahil dan rugi.
#Allah swt menyatakan bahawa tidaklah sama orang yang berilmu dengan orang jahil, orang yang buta dengan orang celik. Firman Allah swt:
وَمَا یَسۡتَوِی ٱلۡأَعۡمَىٰ وَٱلۡبَصِیرُ * وَلَا ٱلظُّلُمَـٰتُ وَلَا ٱلنُّورُ
"Dan tidaklah sama orang buat dengan orang yang melihat. Dan tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya yang terang-benderang" [Surah Fatir 19-20]
#Oleh itu, wajib ke atas kita menuntut ilmu untuk memahami perintah dan kehendak Allah dan RasulNya. Wajib kita bersungguh-sungguh dalam menguasai dan memahaminya. Dan ingatlah bahawa keutamaan menuntut ilmu itu lebih didahulukan daripada keutamaan beramal. Ini menunjukkan betapa pentingnya memahami ilmu.
#Berkata Sayidina Abu Hurairah r.a:
لأن أفقه ساعة أحب إلي من أن أحيي ليلة أصليها حتى أصبح
“Saya belajar sesaat lebih saya cintai daripada saya habiskan waktu malam untuk solat sampai subuh”.
#Berkata Sayidina Abu Darda r.a:
مذاكرة العلم ساعة خير من قيام ليلة
“Mengkaji ilmu syariat sesaat lebih baik daripada solat malam”
#Berkata Imam Hasan al-Bashri rahimahullah:
لأن أتعلم باباً من العلم فأعلمه مسلماً أحب إلي من أن تكون لي الدنيا كلها أجعلها في سبيل الله عز وجل
“Aku memahami satu masalah ilmu syariah, kemudian aku ajarkan kepada muslim yang lain, lebih aku sukai daripada aku memiliki dunia dan seisinya yang aku gunakan untuk infak fi sabilillah.”
♡Jadilah orang yang berilmu agar kita mampu memahami segala kalam Allah swt dan segala ajaran Rasulullah saw. Hanya dengan memahami ayat-ayat Allah dan kalam Rasulullah saw, mampu menjadikan kita hamba Allah yang beramal dengan benar dan sempurna♡
No comments:
Post a Comment