"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 23 Rabiul Awwal 1441H☆



وَٱذۡكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِیتَ وَقُلۡ عَسَىٰۤ أَن یَهۡدِیَنِ رَبِّی لِأَقۡرَبَ مِنۡ هَـٰذَا رَشَدࣰا

"...Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini" [Surah al-Kahfi 24]

#Imam al-Qurthubi di dalam tafsirnya ada menyebut bahawa: "Ayat di atas terdapat padanya tuntutan agar berzikir apabila terlupa".

#Berkata Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini: "Sifat lupa boleh terjadi apabila seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang berdosa sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Dhahhak bin Muzahim. Maka dengan sebab itu, Allah swt memerintahkan supaya mengingatiNya agar dijauhkan syaitan daripada hatinya sebagaimana larinya syaitan apabila mendengar azan. Selain itu, setiap kebaikan itu akan menghilangkan kejahatan. Apabila hilangnya sebab seseorang itu lupa maka hilanglah ia dan dengan sebab itu akan mengingati sesuatu perkara itu disebabkan zikir atau ingatan kepada Allah swt".

#Banyakkan berzikir dan mengingati Allah tatkala kita lupa. Selain itu, kita juga dianjurkan untuk berselawat kepada baginda Rasulullah saw tatkala kita lupa.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

إِذَا نَسِيْتُمْ شَيْئًا فَصَلُّوْا عَلَيَّ تَذْكُرُوْهُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى

“Apabila kamu lupa akan sesuatu, maka berselawatlah ke atasku nescaya kamu akan ingatkan akan ia insyaAllah.” (Hadis Dhaif)

#Berkata Imam al-Qasthalani di dalam kitabnya bahawa antara tempat yang disyariatkan untuk berselawat ke atas baginda Nabi saw antaranya adalah ketika lupa akan sesuatu. (Lihat al-Mawahib al-Ladunniyah)

♡Banyakkan berzikir dan berselawat di sepanjang kehidupan kita agar kita dijauhkan daripada penyakit lupa dan dikurniakan ingatan jika terlupa sesuatu. Semoga kita dikurniakan kebaikan dan pertolongan daripada Allah swt. Aamiiin♡

No comments: