"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 23 Rabiul Akhir 1441H☆


وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ ثُمَّ یَتَوَفَّىٰكُمۡۚ وَمِنكُم مَّن یُرَدُّ إِلَىٰۤ أَرۡذَلِ ٱلۡعُمُرِ لِكَیۡ لَا یَعۡلَمَ بَعۡدَ عِلۡمࣲ شَیۡـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمࣱ قَدِیرࣱ

"Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa" [Surah an-Nahl 70]

#Ingatlah bahawa kita diciptakan oleh Allah swt. Asalnya kita tiada, kemudian ada kerana diciptakan. Kemudian disempurnakan umur kita. Ada yang panjang umurnya dalam keadaan sihat. Ada yang panjang umur tetapi nyanyuk. Ada yang pendek umurnya. Ada yang mati di usia muda dan ada yang mati di usia tua. Namun hakikatnya semua yang hidup akan dimatikan.

#Apa yang penting untuk difahami ialah bagaimana usia yang dikurniakan Allah itu dimanfaatkan untuk kebaikan negeri akhirat. Jika usia itu dipenuhi dengan ketaatan dan kebaikan maka kebahagiaan yang akan dinikmatinya. Namun jika disia-siakan, dihabiskan dijalan kelalaian dan kederhakaan maka kesengsaraan dan penyesalan yang akan ditanggungnya.

وَلِكُلࣲّ دَرَجَـٰتࣱ مِّمَّا عَمِلُوا۟ۖ وَلِیُوَفِّیَهُمۡ أَعۡمَـٰلَهُمۡ وَهُمۡ لَا یُظۡلَمُونَ

"Dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia - yang berbuat baik dan yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan) yang sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan, dan (ketetapan yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun)" [Surah al-Ahqaf 19]

#Berkata Imam Hasan al-Basri rahimahullah: "Dunia ini hanya ada tiga hari sahaja, semalam, esok dan hari ini. Adapun semalam, maka ia telah pergi membawa apa yang ada di dalamnya. Esok pula, mungkin engkau tidak sempat menyusulinya. Dan hari ini, itulah untukmu. Maka beramallah pada hari ini".

#Berkata as-Sirri bin Muflis rahimahullah: "Jika engkau bersedih kerana berkurangnya hartamu, maka sewajarnya kamu menangis kerana berkurangnya usiamu".

#Sayidina Ibnu Mas’ud r.a berkata: "Tidak ada perkara yang paling aku sesali seperti mana aku menyesal apabila tenggelamnya matahari yang menandakan kian berkurang umurku sedangkan amalku tidak bertambah pada hari itu".

♡Oleh itu, sentiasalah mengisi usia dan kehidupan ini dengan amal kebaikan dan perkara yang bermanfaat. Ingatlah bahawa setiap detik usia kita yang berlalu akan dipersoalkan tentang apa yang kita telah lakukan♡


No comments: