"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 21 Rabiul Awwal 1441H☆



فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ

"Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud" [Surah al-Hijr 98]

#Allah swt memerintahkan kita agar menjadi hambaNya yang sentiasa mengingatiNya dengan sentiasa bertasbih memujiNya dan sentiasa sujud kepadaNya yakni jadi kaki solat.

فَسُبْحَانَ اللَّـهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ * وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ

“(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur" [Surah al-Rum 17-18]

*Menurut Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma, bertasbih dalam ayat di atas bermaksud solat.

#Oleh itu, kita amat dituntut untuk melazimi serta memperbanyakkan sujud (solat sunat) samada ketika berada di rumah, ketika keluar rumah dan ketika masuk ke dalam rumah.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ تَمْنَعانِكَ مَخْرَجَ السَّوْءِ، وَإِذَا دَخَلْتَ مَنْزِلَكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ تَمْنَعانِكَ مَدْخَلَ السَّوْءِ

“Apabila kamu keluar dari rumahmu, maka solatlah dua rakaat, nescaya keduanya akan mencegahmu dari tempat keluar yang buruk dan apabila kamu masuk ke rumahmu, maka solatlah dua rakaat, nescaya keduanya akan mencegahmu dari tempat masuk yang buruk.” (HR al-Bazzar. Hadis hasan)

#Daripada Sayidina Zaid bin Thabit r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

فَصَلُّوا أَيُّهَا النَّاسُ فِي بُيُوتِكُمْ، فَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ صَلاَةُ المَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلَّا المَكْتُوبَةَ

“Solatlah wahai sekalian manusia di rumah-rumah kamu kerana solat yang paling afdhal ialah solat seseorang itu di rumahnya melainkan solat yang wajib (solat fardhu).” (HR al-Bukhari)

♡Pastikan solat dan memuji Allah menjadi keutamaan disepanjang kehidupan kita. Semoga Allah swt sentiasa memelihara kita dan ahli keluarga daripada segala perkara yang tidak baik. Aamiiin♡

No comments: