وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَیۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُونِ یَـٰۤأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)" [Surah al-Baqarah 197]
#Kehidupan kita didunia ini merupakan satu perjalanan untuk menuju satu destinasi yang pasti iaitu kematian.
#Setiap perjalanan samada jauh atau dekat memerlukan bekalan dan persiapan. Bekalan yang disediakan mestilah mencukupi dan yang terbaik. Dan bekalan yang dibawa mestilah bersesuaian dengan destinasi yang dituju.
#Jika bekalan itu berbentuk matawang, maka kita mesti bawa matawang yang dipakai di negeri tersebut. Barulah diterima dan boleh diguna pakai.
#Jika destinasi yang kita tuju adalah kematian maka matawang tidak laku dan tidak berguna. Bekalan yang laku ialah amal soleh berupa solat, jihad, zakat, infaq fi sabilillah, bacaan al-Quran, dan segala jenis kebaikan dan kebajikan.
#Inilah bekal yang disebut oleh Allah sebaik-baik bekal ialah taqwa. Yakni ketaatan dalam melakukan amal soleh dan kebaikan. Bekalan taqwa inilah bekalan yang paling berkualiti dan mencukupi.
♡Sediakan bekalan taqwa yang mencukupi dan berkualiti. Semoga kita selamat dan berjaya di sepanjang perjalanan menuju Allah swt♡
No comments:
Post a Comment