"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 2 Jamadil Awwal 1441H☆



إِنَّ ٱلۡمُجۡرِمِینَ فِی ضَلَـٰلࣲ وَسُعُرࣲ * یَوۡمَ یُسۡحَبُونَ فِی ٱلنَّارِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمۡ ذُوقُوا۟ مَسَّ سَقَرَ

"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka. Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka". [Surah al-Qamar 47-48]

#Orang yang hidup dalam keadaan melakukan dosa adalah orang yang sesat, dan mereka yang mati dalam keadaan membawa dosa, maka mereka akan dihumban ke dalam neraka serta dikenakan azab yang pedih lagi hina.

#Untuk kita selamat di dunia dan di akhirat, maka jangan sesekali melakukan dosa dan jika telah melakukan dosa, cepat-cepatlah bertaubat dan menginsafi diri. Kerana orang yang bertaubat disukai oleh Allah dan dihapuskan segala dosa-dosanya.

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri" [Surah al-Baqarah 222]

ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِینَ عَمِلُوا۟ ٱلسُّوۤءَ بِجَهَـٰلَةࣲ ثُمَّ تَابُوا۟ مِنۢ بَعۡدِ ذَ ٰ⁠لِكَ وَأَصۡلَحُوۤا۟ إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعۡدِهَا لَغَفُورࣱ رَّحِیمٌ

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah an-Nahl 119]

#Untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan dosa bahkan agar sentiasa berada dalam keberkatan maka hendaklah berusaha agar kita benar-benar menjadi manusia yang beriman serta bertaqwa kepada Allah swt.

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰۤ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوۡا۟ لَفَتَحۡنَا عَلَیۡهِم بَرَكَـٰتࣲ مِّنَ ٱلسَّمَاۤءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ

"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan" [Surah al-A'raf 96]

♡Jauhi dosa, jangan terlibat dengan dosa serta sentiasalah bertaubat agar suci daripada dosa. Semoga kita tidak sesat dan selamat daripada azab neraka serta sentiasa beroleh hidayah dan keredhaan Allah swt. Aamiiin♡


No comments: