"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1441H☆



وَأَنكِحُوا۟ ٱلۡأَیَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِینَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَاۤىِٕكُمۡۚ إِن یَكُونُوا۟ فُقَرَاۤءَ یُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَ ٰ⁠سِعٌ عَلِیمࣱ

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui" [Surah an-Nur 32]

#Allah swt memerintahkan para wali, ibubapa atau penjaga kepada anak-anak lelaki dan perempuan yang sudah layak untuk berkahwin maka kahwinlah mereka dengan orang-orang yang baik dan soleh.

#Hal ini mengajar kita supaya jangan biarkan wanita dan lelaki hidup bersendirian lama-lama. Kalau ada anak dara yang sudah cukup umur, carikan calon lelaki yang sesuai untuk mereka. Dan kalau ada anak teruna, suruhlah mereka berkahwin dengan segera. Kalau sudah janda atau duda, usahakan supaya mereka juga berpasangan kembali. Ini dapat mengelakkan daripada gejala sosial dan isu penzinaan. Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah saw dan merupakan fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia.

#Baginda bersabda lagi:

إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

"Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki" (HR al-Baihaqi dan at-Tabarani)

#Carilah pasangan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah, istiqamah mentaati Allah, berakhlak mulia dan menjaga agama. Sabda Rasulullah saw:

لاَ تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ لِحُسْنِهِنَّ فَعَسَى حُسْنُهُنَّ أَنْ يُرْدِيَهُنَّ وَلاَ تَزَوَّجُوهُنَّ لأَمْوَالِهِنَّ فَعَسَى أَمْوَالُهُنَّ أَنْ تُطْغِيَهُنَّ وَلَكِنْ تَزَوَّجُوهُنَّ عَلَى الدِّينِ وَلأَمَةٌ خَرْمَاءُ سَوْدَاءُ ذَاتُ دِينٍ أَفْضَلُ

"Janganlah kalian menikahi para wanita semata-mata kerana kecantikan mereka kerana kecantikannya mungkin akan merosakkan mereka (kerana tertipu dan sombong dengan kecantikan). Jangan juga menikahi para wanita kerana harta-harta mereka kerana berkemungkinan harta akan menyebabkan mereka jatuh dalam maksiat dan kejahatan. Akan tetapi, *hendaklah kalian berkahwin dengan perempuan atas dasar agama*. Seorang hamba perempuan yang sumbing pada mulut dan telinga tetapi mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna lebih baik (daripada perempuan yang merdeka yang membelakangi perintah agamanya)".

#Pesan Rasulullah saw:

‏ تَخَيَّرُوا لِنُطَفِكُمْ وَانْكِحُوا الأَكْفَاءَ وَأَنْكِحُوا إِلَيْهِمْ

"Hendaklah kalian membuat pilihan bakal isteri yang terbaik untuk bakal zuriat kalian, hendaklah kalian berkahwin dengan yang sekufu, dan kahwinkanlah mereka dengan perempuan yang sekufu" (HR Ibn Majah)

*Sekufu bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek seperti agama dan kesolehan, pekerjaan dan tidak cacat.

♡Berkahwinlah dengan matlamat semata-mata kerana Allah iaitu membina rumahtangga yang mengamalkan ajaran Islam, melahirkan zuriat yang baik dan membawa keluarga menuju keredhaan Allah. Mohonlah pertolongan Allah dalam menguruskan rumahtangga. Moga bahagia hingga ke syurga. Aamiiin♡


No comments: