یَوۡمَ تُبَدَّلُ ٱلۡأَرۡضُ غَیۡرَ ٱلۡأَرۡضِ وَٱلسَّمَـٰوَ ٰتُۖ وَبَرَزُوا۟ لِلَّهِ ٱلۡوَ ٰحِدِ ٱلۡقَهَّارِ
"(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa" [Surah Ibrahim 48]
#Apabila tiba saat berlakunya kiamat, seluruh alam ini termasuk langit dan bumi akan dimusnahkan, kemudian manusia di bawa ke suatu tempat yang baru, bumi yang baru iaitu di padang Mahsyar untuk mengadap Allah swt serta diperhitungkan segala amalan.
وَیَوۡمَ یُنفَخُ فِی ٱلصُّورِ فَفَزِعَ مَن فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَمَن فِی ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا مَن شَاۤءَ ٱللَّهُۚ وَكُلٌّ أَتَوۡهُ دَ ٰخِرِینَ
"Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah - gerun gementar - makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikekhendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh" [Surah an-Naml 87]
#Namun, bagi sesiapa yang pulang mengadap Allah dalam keadaan membawa dosa, kejahatan dan kederhakaan, maka dia akan dibelenggu, diikat dan dirantai. Firman Allah swt:
وَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِینَ یَوۡمَىِٕذࣲ مُّقَرَّنِینَ فِی ٱلۡأَصۡفَادِ
"Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu" [Surah Ibrahim 49]
إِنَّاۤ أَعۡتَدۡنَا لِلۡكَـٰفِرِینَ سَلَـٰسِلَا۟ وَأَغۡلَـٰلࣰا وَسَعِیرًا
"(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang" [Surah al-Insan 4]
#Mereka juga akan heret dalam keadaan dibelenggu rantai lalu dilontar ke dalam neraka. Dan ada yang direbus di didalam air yang panas menggelegak.
إِذِ ٱلۡأَغۡلَـٰلُ فِیۤ أَعۡنَـٰقِهِمۡ وَٱلسَّلَـٰسِلُ یُسۡحَبُونَ * فِی ٱلۡحَمِیمِ ثُمَّ فِی ٱلنَّارِ یُسۡجَرُونَ
"Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka diseret ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka" [Surah Ghafir 71-72]
#Kemudian golongan yang berdosa dan kufur pada Allah ini akan dipakaikan pakaian daripada tar neraka yang panas membahang serta seluruh tubuh mereka termasuk muka mereka akan dijilat oleh api:
سَرَابِیلُهُم مِّن قَطِرَانࣲ وَتَغۡشَىٰ وُجُوهَهُمُ ٱلنَّارُ
"Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka" [Surah Ibrahim 50]
#Berkata Wahab bin Munabbih rahimahullah: "Sesungguhnya ahli neraka yang benar-benar ahlinya, mereka tidak akan merasai rehat, tidur dan maut di dalamnya. Setiap saat, mereka berjalan di atas api dan duduk di atas api. Minuman mereka ialah nanah dan darah ahli neraka. Makanan mereka buah zaqqum yang dibuat daripada api. Selimut mereka api, katil mereka api, baju mereka dibuat daripada api dan tembaga yang sangat panas" (Riwayat al-Hafiz Ibnu Abi Dunia dalam kitab Sifat an-Nar)
♡Ingatlah bahawa suatu hari nanti kita akan mati dan kehidupan dunia ini akan ditamatkan dengan berlaku hari kiamat. Bagi sesiapa yang mengadap Allah dalam keadaan berdosa dan dimurkai maka kesengsaraanlah kesudahannya. Bahkan akan menerima hukuman dan seksaan yang sedahsyat-dahsyatnya di dalam neraka. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan jauhilah kami dari azab neraka. Aamiiin♡
No comments:
Post a Comment