"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 17 Rabiul Akhir 1441H☆



وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا رُسُلࣰا مِّن قَبۡلِكَ مِنۡهُم مَّن قَصَصۡنَا عَلَیۡكَ وَمِنۡهُم مَّن لَّمۡ نَقۡصُصۡ عَلَیۡكَۗ وَمَا كَانَ لِرَسُولٍ أَن یَأۡتِیَ بِـَٔایَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ فَإِذَا جَاۤءَ أَمۡرُ ٱللَّهِ قُضِیَ بِٱلۡحَقِّ وَخَسِرَ هُنَالِكَ ٱلۡمُبۡطِلُونَ

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. *Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah*; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah" [Surah Ghafir 78]

#Setiap para Nabi dan Rasul dikurniakan mukjizat. Mukjizat yang dikurniakan itu berbeza mengikut peristiwa dan keadaan masyarakat pada waktu itu. Allah swt memberikan mukjizat-mukjizat bagi utusan-utusanNya untuk membuktikan kebenaran tentang kenabian dan kerasulan utusanNya serta untuk melemahkan tuduhan dari kaum yang ingkar tersebut, iaitu melalui kejadian-kejadian atau peristiwa besar yang luar biasa.

#Mukjizat adalah suatu kejadian luar biasa yang dialami oleh para Nabi dan Rasul atas kehendak dari Allah swt sebagai pembuktian atas kebenaran dan keabsahan risalah yang mereka sampaikan.

#Antara contoh mukjizat Nabi Dawud Alaihissalam:

وَلَقَدۡ ءَاتَیۡنَا دَاوُۥدَ مِنَّا فَضۡلࣰاۖ یَـٰجِبَالُ أَوِّبِی مَعَهُۥ وَٱلطَّیۡرَۖ وَأَلَنَّا لَهُ ٱلۡحَدِیدَ

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): "Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!" Dan juga telah melembutkan besi baginya" [Surah Saba' 10]

#Dikisahkan hampir 300 orang sahabat berwuduk dengan air yang terpancar daripada celah jari Rasulullah. Ini antara kisah tentang mukjizat baginda Rasulullah saw.

Sayidina Anas bin Malik r.a menceritakan: "Saya pernah melihat Rasulullah saw tatkala masuk waktu solat Asar. Ketika itu, orang ramai sedang mencari-cari air untuk berwuduk namun tidak menemuinya. Lalu dibawakan air kepada baginda untuk berwuduk. Baginda kemudian meletakkan tangannya di bekas tersebut, lalu memanggil orang ramai datang berwuduk dengannya. Kata Sayidina Anas bin Malik r.a lagi: "Saya melihat air terpancar daripada celah-celah jari Baginda dan orang ramai berwuduk sehinggalah semuanya selesai. Qatadah bertanya kepada Sayidina Anas: "Berapakah jumlah kamu semua ketika itu?". Sayidina Anas menjawab: "Hampir 300 orang".

#Mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw ialah al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad saw yang menjadi panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannnya.

ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡكِتَـٰبُ لَا رَیۡبَۛ فِیهِۛ هُدࣰى لِّلۡمُتَّقِینَ

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa" [Surah al-Baqarah 2]

♡Setiap Nabi dan Rasul dikurniakan mukjizat yang luar biasa dalam menyampaikan risalah Allah swt. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar dan teragung. Berpegang teguhlah dengan ajaran al-Quran agar kita sentiasa berada di atas kebenaran selama-lamanya♡


No comments: