أَفَمَنِ ٱتَّبَعَ رِضۡوَ ٰنَ ٱللَّهِ كَمَنۢ بَاۤءَ بِسَخَطࣲ مِّنَ ٱللَّهِ وَمَأۡوَىٰهُ جَهَنَّمُۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِیرُ
"Adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" [Surah Aali Imran 162]
#Allah swt menyatakan bahawa kedudukan orang yang mendapat KEREDHAANNYA dengan orang yang mendapat KEMURKAANNYA adalah berbeza. Kesudahan mereka berbeza. Kedudukan mereka berbeza. Layanan mereka berbeza. Orang yang diredhai Allah tempatnya di syurga manakala orang yang dimurkai Allah akan ditempatkan ditempat yang paling hina iaitu di dalam neraka Jahannam.
وَلِلَّذِینَ كَفَرُوا۟ بِرَبِّهِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِیرُ * إِذَاۤ أُلۡقُوا۟ فِیهَا سَمِعُوا۟ لَهَا شَهِیقࣰا وَهِیَ تَفُورُ
"Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak" [Surah al-Mulk 6-7]
#Ketahuilah bahawa sesiapa yang melakukan perkara yang tidak diredhai Allah dan Rasul maka mereka beroleh kemurkaan Allah dengan ditimpakan laknat dan azab yang penuh kehinaan.
إِنَّ ٱلَّذِینَ یُؤۡذُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمۡ عَذَابࣰا مُّهِینࣰا
"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina" [Surah al-Ahzab 57]
#Bagi sesiapa yang melakukan kebaikan, istiqamah dalam ketaatan dan sentiasa di atas landasan kebenaran, mereka akan beroleh keredhaan Allah dan kedudukan mereka adalah di syurga yang teristimewa. Firman Allah swt:
قَالَ ٱللَّهُ هَـٰذَا یَوۡمُ یَنفَعُ ٱلصَّـٰدِقِینَ صِدۡقُهُمۡۚ لَهُمۡ جَنَّـٰتࣱ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۖ رَّضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُۚ ذَ ٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ
Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar" [Surah al-Ma'idah 119]
♡Pastikan setiap ucapan, perbuatan dan niat kita dalam setiap amalan yang kita lakukan hanyalah demi mencari keredhaan Allah swt semata-mata. Jika amalan yang kita lakukan bukan kerana Allah maka menjadi sia-sia dan mengundang kemurkaan Allah serta malapetaka di akhirat kelak♡
No comments:
Post a Comment