إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡیَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُوا۟ رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةࣰ وَهَیِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدࣰا
"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami" [Surah al-Kahfi 10]
#Allah swt menceritakan kisah pemuda yang melarikan diri menyelamatkan akidah mereka daripada raja yang zalim lalu berlindung di dalam sebuah gua. Kemudiannya mereka bermunajat berdoa kepada Allah swt memohon:
1. Rahmat Allah swt untuk mereka.
2. Dipermudahkan urusan mereka.
3. Pemimpin yang baik yang menjaga dan peduli agama.
#Ini antara doa yang baik yang dirakamkan oleh Allah swt di dalam surah al-Kahfi dan tersangat utama untuk kita amalkan.
#Bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini, kita dituntut untuk membaca surah al-Kahfi serta memahami ayat-ayatNya.
#Daripada Sayidina Abu Said al-Khudri r.a, Rasulullah saw bersabda:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ
“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dirinya dan Kaabah.” (HR ad-Darimi)
#Nabi saw bersabda lagi:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ
“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat" (HR al-Hakim dan al-Baihaqi)
#Dalam hadis yang pertama Nabi saw menyebut baca surah al-Kahfi pada malam Jumaat dan hadis berikutnya pada hari Jumaat. Ini menunjukkan kita diminta membaca surah al-Kahfi sepanjang 24 jam bermula maghrib hari Khamis malam Jumaat hingga maghrib hari Jumaat malam Sabtu.
#Berkata Imam al-Munawi rahimahullah:
فيندب قراءتها يوم الجمعة وكذا ليلتها كما نص عليه الشافعي
"Dianjurkan untuk membaca surah al-Kahfi di hari Jumaat atau malam harinya, sebagaimana ditegaskan oleh Imam as-Syafi'i". (Rujuk Faidhul Qadir)
♡Jom baca dan fahami surah al-Kahfi serta banyakkan berdoa dengan doa yang dipanjatkan oleh pemuda al-Kahfi. Semoga Allah merahmati kita semua, memudahkan segala urusan kita dan memelihara keutuhan akidah kita. Aamiiin♡
No comments:
Post a Comment