یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَاۤءَكُم بُرۡهَـٰنࣱ مِّن رَّبِّكُمۡ وَأَنزَلۡنَاۤ إِلَیۡكُمۡ نُورࣰا مُّبِینࣰا
"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak)" [Surah an-Nisa' 174]
#Ayat ini menujukkan kepada seluruh manusia bahawa Allah telah mendatangkan bukti-bukti kebenaran kepada umat Islam iaitu diturunkan al-Quran. Penurunan al-Quran untuk memberi peringatan dan keterangan bagi menghapuskan segala keraguan dan kesulitan yang ditimbulkan serta membantah segala pemikiran syirik dan kufur.
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَالَمِينَ
“Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam” [Surah at-Takwir 27]
#Al-Quran merupakan cahaya bagi menyuluh manusia ke jalan yang benar dan jalan kejayaan. Al-Quran mempunyai cahaya yang sangat terang untuk menyuluh hati dan jiwa manusia, cahayanya dapat membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan, di antara keadilan dan kezaliman, di antara kebahagiaan dan kekejaman. Al-Quran juga merupakan cahaya yang sentiasa bersinar menerangi kehidupan seseorang hamba dan ia bertindak membawa keluar dirinya apabila berada dalam kegelapan kepada cahayanya yang terang-benderang.
#Firman Allah swt:
یَـٰۤأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ قَدۡ جَاۤءَكُمۡ رَسُولُنَا یُبَیِّنُ لَكُمۡ كَثِیرࣰا مِّمَّا كُنتُمۡ تُخۡفُونَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَیَعۡفُوا۟ عَن كَثِیرࣲۚ قَدۡ جَاۤءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورࣱ وَكِتَـٰبࣱ مُّبِینࣱ
"Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, saw) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). *Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya*.
یَهۡدِی بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضۡوَ ٰنَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَـٰمِ وَیُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِهِۦ وَیَهۡدِیهِمۡ إِلَىٰ صِرَ ٰطࣲ مُّسۡتَقِیمࣲ
"Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus" [Surah al-Ma'idah 15-16]
♡Ikutilah petunjuk al-Quran nescaya kita sentiasa dalam kebenaran dan kejayaan. Yakinilah kehebatan dan kebenaran mukjizat al-Quran dalam memandu manusia ke jalan kebaikan di sepanjang zaman♡
No comments:
Post a Comment