ٱلَّذِی لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَمۡ یَتَّخِذۡ وَلَدࣰا وَلَمۡ یَكُن لَّهُۥ شَرِیكࣱ فِی ٱلۡمُلۡكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَیۡءࣲ فَقَدَّرَهُۥ تَقۡدِیرࣰا
"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna" [Surah al-Furqan 2]
#Allah swt bukan sahaja mencipta langit dan bumi bahkan Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi. Tidak ada sesiapa pun yang berkongsi kuasa denganNya dalam mengendalikan alam ini. Segala-galanya di bawah kekuasaanNya semata-mata. Allahlah yang menentukan peraturan, pergerakan, peredaran dan segala takdir yang berlaku di alam ini.
رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَیۡنَهُمَا ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡغَفَّـٰرُ
"Allah (Tuhan yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni (dosa hamba-hambaNya)" [Surah Sad 66]
#Ini menunjukkan bahawa Allah Tuhan yang menciptakan, memberi rezeki, mengatur, melimpahkan berbagai macam nikmat, memberi dan menghalangi sesuatu perkara, meninggikan dan merendahkan seseorang, menghidupkan dan mematikan, mamberi kekuasaan dan menghilangkannya, melapangkan dan menyempitkan, menghilangkan segala penderitaan, menolong orang yang kesusahan, memenuhi permohonan orang yang ditimpa kesulitan dan segalaNya adalah di bawah kekuasaanNya. Seluruh makhluk sentiasa mengharapkanNya.
یَسۡـَٔلُهُۥ مَن فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ كُلَّ یَوۡمٍ هُوَ فِی شَأۡنࣲ
"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!" [Surah ar-Rahman 29]
ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat" [Surah al-Ikhlas 2]
#Oleh yang demikian, sewajibnya kita sentiasa menyembah Allah dan mengikuti segala kehendakNya serta redha dengan segala ketentuanNya. Jangan sesekali melakukan kesyirikan kepadaNya. Firman Allah swt:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِی خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa"
ٱلَّذِی جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فِرَ ٰشࣰا وَٱلسَّمَاۤءَ بِنَاۤءࣰ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءࣰ فَأَخۡرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَ ٰتِ رِزۡقࣰا لَّكُمۡۖ فَلَا تَجۡعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادࣰا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
"Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)" [Surah al-Baqarah 21-22]
♡Ingatlah bahawa alam ini ada tuannya dan ada pemerintahnya iaitu Allah swt. Ikutilah peraturan yang telah ditetapkanNya. Jangan hanya sekadar menggunakan nikmat yang dikurniakanNya tetapi tidak sembah dan sujud kepadaNya. Jangan sesekali kufur kepadaNya!!♡
No comments:
Post a Comment