"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, May 5, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 12 Rabiul Awwal 1441H☆



مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ 

"Nabi Muhammad saw ialah Rasulullah (utusan Allah)..." [Surah al-Fath 29]

#Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai rasul yakni utusanNya untuk menyeru manusia agar beriman kepada Allah swt, RasulNya dan kitab-kitabNya.

قُلۡ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ إِنِّی رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَیۡكُمۡ جَمِیعًا ٱلَّذِی لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۖ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ یُحۡیِۦ وَیُمِیتُۖ فَـَٔامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِ ٱلنَّبِیِّ ٱلۡأُمِّیِّ ٱلَّذِی یُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَكَلِمَـٰتِهِۦ وَٱتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk" [Surah al-A'raf 158]

#Nabi Muhammad saw juga diutuskan Allah memberi peringatan serta amaran bagi mereka yang menentang Allah swt.

وَقُلْ إِنِّي أَنَا النَّذِيرُ الْمُبِينُ

“Dan katakanlah: Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul pemberi amaran dengan bukti-bukti yang nyata (tentang turunnya azab ke atas orang-orang yang ingkar)" [Surah al-Hijr 89]

#Allah swt telah mengutuskan Nabi Muhammad saw juga sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.

وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةࣰ لِّلۡعَـٰلَمِینَ

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" [Surah al-Anbiya' 107]

#Daripada Abu Soleh r.a, beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِيهِمْ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ, إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ.

 "Adalah Nabi saw (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah swt kepada seluruh alam)." (HR ad-Darimi dan al-Hakim)

#Rahmat adalah kasih sayang. Nabi saw diutuskan semata-mata untuk membawa risalah ketauhidan, iaitu dengan mengeluarkan manusia daripada lembah penghambaan sesama manusia kepada semata-mata menyembah Allah swt. Risalah tauhid ini disampaikan dengan penuh rahmat melalui jalan dakwah iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah swt. Tatkala manusia itu beriman maka alam pun akan mendapat manfaat diatas keimanan tersebut. Itulah rahmat dan hadiah yang besar daripada Allah swt kepada seluruh alam.

♡Bertuah dan beruntungnya kita dipilih menjadi seorang Muslim dan menjadi umat Nabi Muhammad saw. Jaga dan suburkanlah Iman dan Islam yang tersemat di dalam jiwa kita dengan pengamalan yang bersungguh-sungguh. Jadilah seorang Muslim yang berilmu dan beramal serta memperjuangkan agama yang dibawa oleh Baginda saw ini agar seluruh manusia menganutnya♡

*SALAM MAULIDUR RASUL 1441 HIJRAH*


No comments: