"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 12 Rabiul Akhir 1441H☆



أَفَلَا یَنظُرُونَ إِلَى ٱلۡإِبِلِ كَیۡفَ خُلِقَتۡ * وَإِلَى ٱلسَّمَاۤءِ كَیۡفَ رُفِعَتۡ * وَإِلَى ٱلۡجِبَالِ كَیۡفَ نُصِبَتۡ * وَإِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَیۡفَ سُطِحَتۡ

"(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?" [Surah al-Ghashiyah 17-20]

#Ayat ini mengajak kita semua untuk berfikir dan mentadabbur terhadap ciptaan Allah agar menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah swt. Ayat ini juga menunjukkan bahawa Allah swt menyeru manusia untuk sentiasa merenungi segala ciptaanNya.

#Orang yang merenungi dan memikirkan tentang ciptaan Allah merupakan mereka yang berakal serta Allah swt memuji mereka. Firman Allah swt:

إِنَّ فِی خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّیۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَـَٔایَـٰتࣲ لِّأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ * ٱلَّذِینَ یَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِیَـٰمࣰا وَقُعُودࣰا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَیَتَفَكَّرُونَ فِی خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلࣰا سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka" [Surah Aali Imran 190-191]

#Allah swt memerintahkan kita agar berfikir dan mengkaji tentang ciptaan unta atau binatang yang berada di alam ini, bagaimana ia diciptakan. Disamping itu mengkaji bagaimana langit, bumi, gunung ganang diciptakan, begitu juga kejadian-kejadian alam yang lain. Semua ini untuk menjadikan kita hamba yang menyerah diri seluruhnya kepada Allah apabila meyakini dan memahami tentang kehebatan dan kekuasaan Allah swt.

#Renungilah ayat ini dan fahamilah:

كَذَ ٰ⁠لِكَ یُبَیِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡـَٔایَـٰتِ لَعَلَّكُمۡ تَتَفَكَّرُونَ

"...Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar)" [Surah al-Baqarah 266]

♡Berfikirlah tentang kejadian Allah swt kemudian bertadabbur, merenungi, mengkaji dan menginsafi diri tentang betapa lemah dan jahilnya kita. Oleh itu, wajib kita bergantung sepenuhnya kepada Allah swt dan menambahkan ilmu agar kita tidak kufur kepadaNya♡


No comments: