ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَیۡنَهُمَا فِی سِتَّةِ أَیَّامࣲ
"Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa..." [Surah as-Sajdah 4]
#Langit, bumi, dan segala yang ada diantara keduanya adalah merupakan ciptaan Allah swt Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa. Tiada sebarang kekuasaan yang mampu menandingi kekuasaan Allah swt dalam penciptaan sesuatu perkara.
هُوَ ٱلَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ
"Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu" [Surah al-Baqarah 29]
#Di dalam hadis nabi disebutkan bahawa bumi diciptakan dalam tujuh hari, sebagaimana diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw memegang tanganku dan bersabda:
"Allah swt telah menciptakan tanah/bumi pada hari Sabtu, menciptakan di bumi gunung-gunang (bukit bukau) pada hari Ahad, menciptakan tumbuh-tumbuhan pada hari Isnin, menciptakan perkara yang tidak disukai pada hari Selasa, menciptakan cahaya pada hari Rabu, menyebarkan binatang melata di bumi pada hari Khamis, menciptakan Nabi Adam Alaihissalam pada hari Jumaat setelah Asar yang merupakan akhir penciptaan di akhir waktu dari waktu-waktu hari Jumaat iaitu antara asar hingga malam.” (HR Muslim)
#Semua perkara berkaitan penciptaan Allah ini memperlihatkan akan kesempurnaan kemampuanNya serta keagungan kekuasaanNya. Dialah Tuhan Yang Maha Pencipta dan dituntut dari ciptaanNya itu adalah untuk kita berfikir, bermuhasabah dan merenung alam ini sambil memikirkan bahawa sesungguhnya kita ini manusia yang tiada apa-apapun, segala-galanya adalah milikNya dan ciptaanNya. Jangan sesekali kufur dan syirik kepadaNya.
قُلۡ أَىِٕنَّكُمۡ لَتَكۡفُرُونَ بِٱلَّذِی خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ فِی یَوۡمَیۡنِ وَتَجۡعَلُونَ لَهُۥۤ أَندَادࣰاۚ ذَ ٰلِكَ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam" [Surah Fussilat 9]
♡Berimanlah kepada Allah swt dengan sebenar-benar keimanan dengan satu kepercayaan yang utuh bahawa Allah swt adalah Tuhan Yang Maha Pencipta dan Maha Besar. KekuasaanNya tiada batasan dan tiada juga yang mampu menandingiNya. Jangan sesekali derhaka padaNya♡
No comments:
Post a Comment