وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن یَحۡضُرُونِ
"Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku" [Surah al-Mu'minun 98]
#Syaitan sentiasa mendekati manusia untuk menggoda dan menghasut agar melupakan Allah swt dan melalaikan daripada melakukan perintahNya serta cuba menyesatkan manusia daripada jalan kebenaran.
#Oleh yang demikian, kita perlu memohon bantuan Allah swt agar menyelamatkan kita daripada hasutan syaitan.
وَإِمَّا یَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ نَزۡغࣱ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah Fussilat 36]
#Salah satu kaedah yang diajar oleh Nabi saw untuk menjauhkan syaitan daripada kita dan rumah kita ialah dengan sentiasa membaca al-Quran.
#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu sembahyang sunat ataupun membaca al-Quran dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana-mana rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah” (HR Muslim)
#Hadis ini menuntut kepada setiap kita agar menghiasi kehidupan kita serta rumah kita dengan amal ibadat wajib dan juga sunat, kerana rumah-rumah yang tidak ada penghuninya yang sembahyang sunat dan membaca ayat suci al-Quran diibaratkan kubur yang sunyi dimana syaitan serta iblis akan menguasainya. Ketahuilah bahawa syaitan dan iblis akan takut apabila mendengar ayat-ayat al-Quran dibaca oleh seseorang lebih-lebih lagi surah al-Baqarah. Ini akan menjauhkan syaitan daripada menghampiri kita.
♡Sentiasalah memohon perlindungan Allah daripada godaan syaitan. Lazimkan diri dan ahli keluarga dengan bacaan al-Quran serta ibadah yang lain agar kita tidak dikuasai dan digoda oleh syaitan♡
No comments:
Post a Comment