"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

BOLEHKAH MENASIHATKAN KEMUNGKARAN?


1. Program anjuran Gerak Budaya ini dikatakan menampilkan seorang peguam yang akan berkongsi berkenaan proses beliau dalam menanggalkan tudung dan bagaimana evolusi yang berlaku daripada seorang yang berhijab kepada tidak berhijab.

2. Beliau dikatakan turut aktif dalam media sosial dalam memperjuangkan hak-hak kemanusiaan termasuklah hak kumpulan LGBT, hak tidak bertudung dan hak untuk murtad.

3. Persoalannya, apakah pendirian kita terhadap Muslim yang menjadi advocator kepada kemungkaran? Apakah pendirian al-Quran dalam perkara ini?

3.1 Pada hakikatnya, mencegah kemungkaran adalah sesuatu yang dituntut dalam agama. Apabila seseorang itu memberikan nasihat kepada kemungkaran, adalah jelas tindakan mereka bercanggah dengan al-Quran. Dalam al-Quran, Allah menyifatkan Bani Israel sebagai bangsa yang dilaknat kerana mereka tidak mencegah kemungkaran. Firman Allah:

كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

“Mereka sentiasa tidak mencegah (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.” Surah al-Maidah: 79.

4. Bahkan dalam al-Quran, Allah menegaskan bahawa mereka yang menasihatkan kepada kemungkaran ini disifatkan sebagai golongan munafiq. Firman Allah:

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagiannya adalah sama dengan sebahagian yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang mungkar, dan melarang dari perbuatan yang baik. Surah al-Taubah:67.

5. Rasulullah turut mengingatkan bahawa mereka yang tidak mencegah kemungkaran sedangkan dia mampu, maka akan dibimbangi akan ditimpa azab dari Allah. Sabda Rasulullah:

((ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ))

“Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud)

6. Amat menghairankan bagaimana golongan Liberal ini mendidik masyarakat kepada kemungkaran sedangkan Allah dan Rasul telah banyak memberikan panduan dalam perkara mencegah dan menjauhi kemungkaran.

Moga Allah membimbing Muslim dengan al-Quran dan menghidupkan semangat amar makruf dan nahi mungkar.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

No comments: