"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, May 6, 2020

☆Tadabbur Kalamullah 7 Jamadil Awwal 1441H☆



كُلُوا۟ وَٱشۡرَبُوا۟ هَنِیۤـَٔۢا بِمَاۤ أَسۡلَفۡتُمۡ فِی ٱلۡأَیَّامِ ٱلۡخَالِیَةِ

(Masing-masing penghuni syurga dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!" [Surah al-Haqqah 24]

#Ini antara layanan istimewa yang akan dirasai oleh penghuni syurga. Mereka akan dilayan dengan layanan paling teristimewa. Disediakan makanan, minuman, buah-buahan dan segala jenis santapan sebagai balasan atas kepenatan mereka beramal soleh didunia dahulu.

#Berkata Imam al-Muzani rahimahullah: “Di syurga ada pelbagai makanan, buah-buahan dan minuman, akan terus ada dan tidak ada habisnya, juga tidak fana (binasa). Begitu pula naungannya (pohon-pohon buah-buahan) tidak fana dan tidak dihapus (sentiasa menaungi)”.

مَّثَلُ ٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِی وُعِدَ ٱلۡمُتَّقُونَۖ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُۖ أُكُلُهَا دَاۤىِٕمࣱ وَظِلُّهَاۚ تِلۡكَ عُقۡبَى ٱلَّذِینَ ٱتَّقَوا۟ۚ وَّعُقۡبَى ٱلۡكَـٰفِرِینَ ٱلنَّارُ

"Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; *makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh*. Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah neraka" [Surah ar-Ra'd 35]

#Apa sahaja yang dikehendaki, diingini, maka bebas disantap sesuai dengan selera. Semuanya disediakan dan dihidang dengan penuh layanan tanpa perlu bersusah payah untuk diusahakan.

وَفَـٰكِهَةࣲ مِّمَّا یَتَخَیَّرُونَ * وَلَحۡمِ طَیۡرࣲ مِّمَّا یَشۡتَهُونَ

"Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini" [Surah al-Waqi'ah 20-21]

#Bahkan dahan pokok buah-buahan datang mendekati penghuni syurga agar mudah dipetik dan senang dimakan buahnya.

وَدَانِیَةً عَلَیۡهِمۡ ظِلَـٰلُهَا وَذُلِّلَتۡ قُطُوفُهَا تَذۡلِیلࣰا

"Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya" [Surah al-Insan 14]

#Berkata Imam Mujahid, seorang mufassirin: "Bahawa jika penduduk syurga berdiri, pohon itu meninggi sesuai dengan kadarnya. Jika ia duduk, pohon tersebut menunduk sehingga mudah untuk dipetik buahnya. Jika ia berbaring, pohon itu semakin menunduk (merendah) lagi sehingga mudah untuk diambil dan dipetik".

♡Semua nikmat syurga ini hanya dikurniakan kepada hamba Allah yang  beriman, taat, soleh bertaqwa dan menyediakan amal kebaikan sewaktu didunia dahulu. Jika kita ingin beroleh semua nikmat syurga ini, maka sibukkanlah diri untuk beramal soleh, berjihad, berjuang dan berkorban demi mencapai keredhaan Allah swt♡


No comments: