وَأَنِ ٱعۡبُدُونِیۚ هَـٰذَا صِرَ ٰطࣱ مُّسۡتَقِیمࣱ
"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus" [Surah YaSeen 61]
#Allah swt memerintahkan kita agar menyembahNya, mentaatiNya, bergantung padaNya, memohon padaNya, meminta dariNya dan mengabdikan diri kepadaNya. Kerana Dialah Allah, Tuhan sekelian makhluk dan dengan menyembahNya itulah jalan yang lurus dan benar.
رَّبُّ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَیۡنَهُمَا فَٱعۡبُدۡهُ وَٱصۡطَبِرۡ لِعِبَـٰدَتِهِۦۚ هَلۡ تَعۡلَمُ لَهُۥ سَمِیࣰّا
"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?" [Surah Maryam 65]
#Di akhir zaman manusia terlalu mendahulukan makhluk daripada Allah, mengutamakan dunia daripada akhirat. Mereka tidak sibuk menyembah Allah. Mereka lebih sibuk menyembah dunia, menyembah makhluk, menghambakan diri kepada harta, pangkat, jawatan, kebendaan dan keduniaan. Mereka memilih jalan yang lain daripada yang dikehendaki Allah swt.
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kalian jangan menyembah selain Dia" [Surah al-Israa 23]
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا
“Sembahlah Allah dan janganlah kalian mempersekutukanNya dengan sesuatu apapun" [Surah an-Nisa 36]
#Oleh itu, jalan yang benar dan lurus ialah dengan hanya menyembah Allah swt semata-mata. Jangan sesekali menyembah selainNya. Banyakkan lakukan kebaikan dan perkara kebaikan.
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱرۡكَعُوا۟ وَٱسۡجُدُوا۟ وَٱعۡبُدُوا۟ رَبَّكُمۡ وَٱفۡعَلُوا۟ ٱلۡخَیۡرَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" [Surah al-Hajj 77]
♡Jadikan waktu siang, malam, pagi dan petang untuk menyembah Allah swt dan mentaatiNya. Jangan sesekali lalai daripada mengingati dan menyembahNya. Tiada sebarang kebaikan bagi manusia yang tidak menyembah Allah serta kufur kepadaNya♡
No comments:
Post a Comment