Bahan-bahan:
2 biji telur
200 gram gula pasir
1 sdt ovalet
250 gram tepung gandum
1/2 sdt baking powder
250 ml susu cair
7 keping oreo (di tumbuk kasar)
Cara-cara:
1- Pukul telur bersama gula pasir & ovalet sehingga kembang
2- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi guna mixer
3- Masukkan susu cair & baking powder. Pukul sehingga gebu
4- Campurkan serbuk oreo yg ditumbuk tadi
5- Dah boleh masukkan adunan dlm bekas acuan puteri ayu
6- Kukus selama 25 minit dgn api yg sedang.
Nota penting‼️
Pastikan tutup dgn kain sebelum tutup dgn tudung periuk. Ni utk elakkan air wap menitis atas adunan kita 😉
No comments:
Post a Comment