Kek alunan kasih sehangat cinta saya untuk awakk...layer atas tu nina buat karemal...sedap uii makan sejuk sejuk...kaler nak cantik nina guna pewarna star brand..letak sikit je pun dah cantik..
*Untuk karemal
-4sudu besar gula cairkan dalam loyang hingga perang dan tambahkan
2sudu besar air larutkan hingga sebati dan keraskan
*Untuk Puding
-3biji telur
-1 cawan setengah susu cair
-esen vanila 1sudu kecil
-tepung kastard 1sudu besar
-kacau sebati tapis dan tuangkan ke dalam loyang karemal
-kukus 20minit dan angkat cakar2 permukaan puding pakai garfu
*Kek Alunan Kasih
-1cawan marjerin pelangi
-3/4cawan gula halus
-1sudu besar ovellate
-1/4cawan @5sudu besar susu cair
-5biji telur
-1sudu kecil esen vanila
-1sudu kecil baking powder
-2cawan tepung gandum(ayak)
-2sudu besar nestum@horlick( ni optional je xnak letak pun takpe)
*nestum tu ramas2 bg halus sikit
-sedikit serbuk koko
-pewarna
*mixkan marjerin,gula ovellate hingga kembang gebu
*masukkan telur satu persatu dan mix lagi hingga kembang
*masukkan susu cair dan esen vanila
*slowkan mixer masukkan tepung gandum,baking powder,nestum
*mix sekejap bagi sebati je
*bahagikan adunan kepada 3warna
*tuang adunan@warna yg pertama hingga memenuhi permukaan puding
*ayakkan@tabur serbuk koko hingga menutupi adunan warna yg pertama
*tuang adunan@warna yg kedua dan ayakkan serbuk koko
*ulang langkah hingga adunan habis
*layer yang last xperlu tabur serbuk koko
*kukus 40-45 minit api sederhana
*tunggu sejuk baru terbalikkan,sisip@lalukan dengan pisau bahagian
tepi loyang tu
*ni nina guna loyang saiz 9..nak lagi cantik guna loyang kecik sikit
No comments:
Post a Comment