"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, March 20, 2024

Doa Hari ke 10 Bulan Ramadhan**Serta Huraiannya

*بسم الله الرحمن الرحیم*

 *

*Doa hari ke 10*
,*Bulan Ramadhan*
*اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي فِيهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِينَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِي فِيهِ مِنَ الْفَائِزِينَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِي فِيهِ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِينَ*
Ertinya...
Ya Allah! Jadikanlah aku padanya diantara orang-orang yang bertawakkal kepadaMu, dan jadikanlah aku padanya diantara orang- orang yang memperolehi kemenangan disisiMu, dan jadikanlah aku padanya diantara orang-orang yang dekat kepadaMu dengan ihsanMu, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.

Maksud doa...
*Ya Allah! Jadikanlah aku padanya diantara orang-orang yang bertawakkal kepadaMu*

Alangkah baiknya jika kita termasuk dari golongan yang bertawakkal kepada Allah SWT.   Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril as tentang makna tawakkal.  Jibril berkata: 

Makna tawakkal adalah menyakini bahawa keberuntungan dan kerugian bukan terletak ditangan manusia dan tidak mengharapkan kepada mereka.  Jika seseorang telah mencapai maqam ini, ia hanya akan bertawakkal dan berharap kepada Allah.  Ia akan menutup mata kepada selain Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan tawakkal.  

Orang yang mencapai maqam tinggi dalam tawakkal, dia tidak akan takut selain Allah...
*ان لا تخاف مع الله احدا*

‘tidak merasa takut kepada yang lain sebagaimana takut kepada Allah’. 

*و علی الله فلیتوکل المومنون*

Dan kepada Allah orang-orang mukmin bertawakkal.  (Ali Imran, 122)

 
*وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَیْبِ لَا یَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ*

Dan di sisiNya kunci-kunci yang ghaib dan tidak mengetahuinya kecuali Dia. (Al An’am, 59)

*وَإِذَا قَضَى أَمْراً فَإِنَّمَا یَقُولُ لَهُ كُن فَیَكُونُ*

Dan jika Allah menentukan sesuatu urusan, maka akan Dia berfirman jadilah maka akan terjadi’ (Al Baqarah, 117)


Allah SWT berfirman:

*فاذا عزمت فتوکل علی الله ان الله یحب المتوکلین*

Jika kau telah berazam maka bertawakkalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai mereka yang bertawakkal.

Kita berdoa pada hari ini supaya kita termasuk dari mereka yang benar-benar bertawakkal kepada Allah SWT.

Maksud doa...
*Jadikanlah aku padanya diantara orang- orang yang memperolehi kemenangan disisiMu.*

Yang memperolehi kemenangan adalah orang yang berilmu , mengenal apa itu kemenangan dan apa itu kekalahan, yang diukur dari nilai Allah , bukan diukur dari ukuran nilai manusia.  Al Quran menyebutkan:

*‌قُلْ إِنِّیَ أَخَافُ إِنْ عَصَیْتُ رَبِّی عَذَابَ یَوْمٍ عَظِیمٍ*

Katakan, aku takut azab hari yang agung jika aku bermaksiat kepada Tuhanku. (Al An’am, 15)

 
Maksud doa...
*Jadikanlah aku padanya diantara orang-orang yang dekat kepadaMu*.

Nauzubillah jangan sampai cara kita hidup hingga Allah tidak mengakui kita sebagai hambaNya.  Jangan sampai Allah menjauhkan kita dariNya.  Adakalanya seorang ayah akan menghalau anaknya yang derhaka.  Adakalanya juga Allah akan menghalau hambaNya yang tenggelam dalam lautan maksiat.  Kita mengharapkan Allah berfirman kepada kita *kau adalah hambaKu*’.  *Hamba RasulKu dan Hamba orang yang mentaati Allah n Rasul*

 

Carilah wasilah(tawassul) dengan Nabi saw utk sampai kpd Allah, firman Allah 
*يا أيها الذين ءامنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة*

Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tujulah kepadaNya dengan wasilah.(tawassul) 

 Maksud doa....
*Dengan ihsanMu, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.*

Ketika kita putus asa dengan semua manusia, rujuklah ke pintu rumah Allah, pada waktu itu doa kita akan dimakbulkan.  Jika kita ingin tahu apakah doa kita diterima atau tidak?, rujuklah kepintu hati kita.   jika di sana ada sedikit sahaja harapan kepada selain Allah, maka doa kita tidak akan dimaqbulkan.  Jika seluruh hati kita ditumpukan kepada Allah, ketahuilah bahawa doa kita dikabulkan oleh Allah.  
Ya Allah kami bermohon dengan Kemuliaan dan KeagunganMu, jangan jadikan kami mengharapkan selain dariMu.

Ya Allah jika ada kebaikan pahala dari apa yang aku tulis ini , maka aku hadiahkan kpd seluruh mukminin mukminat didunia ini sama ada yg masih hidup atau yg telah mati , khususnya kepada kedua arwah ibu bapa kami..aamin.

Dari anak Ahmad, Bohor, H.Kg. 
20 mac 2024

No comments: