*Orang miskin diuji dengan kekurangan.*
*Orang kaya diuji dengan kelebihan.*
*Orang gagal diuji dengan rasa kecewa.*
*Orang berjaya diuji dengan rasa bongkak.*
*Orang sakit diuji dengan derita.*
*Orang sihat diuji dengan kehebatan.*
*Orang bujang diuji dengan kesepian.*
*Orang berpasangan diuji dengan perselisihan.*
*Orang hodoh diuji dengan kejian.*
*Orang cantik diuji dengan pujian.*
*Orang bodoh diuji dengan rasa rendah diri*
*Orang pandai diuji dengan rasa bangga*
*MAKA...*
*Ketika diri berada di atas.*
*Jangan lupa diri memandang ke bawah.*
*Ketika diri bila di bawah.*
*Jangan lupa diri mendongak ke atas.*
*Sesungguhnya di dunia ini kita sentiasa diuji dengan pelbagai jenis ujian.*
*Moga kita diberi petunjuk serta jalan agar dapat kita lalui ujian ini dan terus berada di landasan yang benar.*
*Salam 11 Ramadhan*
*Salam jumaat*
*Selamat bersahur*🌹🤲
No comments:
Post a Comment