*🟣بسْـــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم🟣*
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*
*Adakalanya, datang penyakit susah nak tidur, badan penat, mata mengantuk tapi bila baring tak boleh nak lelap mata*
*Mungkin sebab otak kita banyak sangat berfikir.*
*Jadi, jika ada masalah susah nak tidur, boleh amalkan doa ini.*
*Allahumma ghaaratin nujuumu wa hada’atil ‘uyuunu wa anta hayyun qayyuumul laa ta’khudzuka sinatuw wa laa nauum, yaa hayyu yaa qayyuumu ahdi’lailii, wa anim ‘ainii.*
*"Ya Allah.. bintang telah redup, mata telah memejam dan Engkau Maha Hidup terus menerus mengurus mahkluk. Tidak menimpa-MU rasa mengantuk dan tidur.*
*Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Mengurus mahkluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku".*
*📚 [HR. Ibnu Sunni]*
*kalau susah nak tidur, zikir dan cuba tenangkan kosongkan fikiran...*
*Jangan banyak fikir yang lepas ataupun yang akan terjadi esok.*
*Insya Allah mudah tidur..*
*Sebelum tidur disunnahkan untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu.*
*Berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan berbaring miring sebelah kanan.*
*Setelah itu, bacalah ayat Kursi, 3 qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, kemudian hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan.*
*Semoga Bermanfaat*
*🌹🌿اَللَّهُــــــــــــــــــــــــــمَّ صَلِّ عَلَی سَيَّدِنَا مُحَمَّدْ وَعَلىَ اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ🌹🌿*
No comments:
Post a Comment