"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Friday, March 22, 2024

Kerepek Batang Pisang



Assalamualaikum semua. Izinkan saya berkongsi resepi Kerepek yg dibuat dari Batang Pisang. 

Jenis pisang yg digunakan adalah dari jenis Pisang Nipah atau Kepok. Sesetengah tempat ada yg panggil Pisang Abu.

Caranya, ambil satu pelepah batang pisang dan buang bahagian kiri dan kanan yg nipis, kita ambil bahagian tengah yg tebal sahaja sebab di situlah terdapat serat paling banyak. Kemudian buang kulit bahagian dalam hingga nampak seratnya yg bercorak petak-petak. 

Hiris halus serat tersebut. Seeloknya guna pisau yg betul-betul tajam. Biasanya boleh dapat 2-3 hirisan, bergantung kepada ketebalan pelepah pisang. Rendam dalam air dan tapis, buat sebanyak 3x untuk buang getah. Cerai-cerai dan biarkan ia kering sekejap 15-20 minit supaya tos airnya. Ada juga yg perah biar kering sedikit.

Bahan-bahan salutannya, saya gunakan 3 cawan Tepung Beras, 1 cawan Tepung Ubi, 3 sudu kecil garam halus, 2 sudu kecil serbuk bawang putih dan sedikit ikan bilis yg ditumbuk atau blend. Boleh juga guna serbuk tepung campuran kfc, serbuk kari, kunyit atau rempah lain untuk pelbagaikan rasanya.

Salut serat batang pisang dalam campuran tepung, ketuk-ketuk sikit supaya lebihan tepung keluar. Goreng di dalam minyak yg betul-betul panas. Kemudian guna api sederhana. Angkat, biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.

No comments: