"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, March 20, 2024

𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗛/𝗢𝗥𝗘𝗡



Okay memandangkan duk viral lately ni trend baju raya tahun ni warna #brickorange, kemudian ada yang keluarkan hukum tentang larangan memakai warna oren di mana hadis itu sebenarnya bukan haram mutlak, tetapi ada illatnya bergantung pada konteks zaman, so aku rumuskan dalam 5 point, jemput baca sampai habis bestie 

__

1. Larangan pakai warna merah, oren atau kuning ni hanya khusus untuk 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜

2. Betapa banyak perbezaan pendapat di kalangan ulamak, 8 pendapat kesemuanya yang dinuqilkan Imam Ibnu Hajar dalam 𝗙𝗔𝗧𝗛𝗨𝗟 𝗕𝗔𝗥𝗜 [10/306]

3. Kena faham ‘𝗜𝗟𝗟𝗔𝗧’ (faktor) yang menyebabkan pengharamannya ketika itu, ini termasuk fiqh waqi’. Di zaman itu fabrik warna merah/oren/kuning yang dicelup 𝗭𝗔𝗙𝗥𝗢𝗡 atau 𝗨𝗦𝗙𝗨𝗥 adalah dilarang kerana ia perhiasan bagi kaum wanita

4. Namun zaman sekarang sudah tidak valid larangan ini kerana fabrik moden kebanyakannya terhasil dari 𝗣𝗘𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 𝗦𝗜𝗡𝗧𝗘𝗧𝗜𝗞, maka hukum memakai baju warna merah atau jingga kembali kepada asal yakni 𝗛𝗔𝗥𝗨𝗦 kerana ketiadaan unsur pewarna dari tumbuhan (Zafron) tadi yang menjadi faktor pengharamannya.

__

Aku nuqil pendapat paling rajih dari Imam asy-Syaukani رحمه الله:

ولقد لخص الشوكاني هذه المسألة ، فأفاد وأجاد ، فقال رحمه الله تعالى : ((هذا المقام من المعارك ، والحق : أنّه يتوجّه النّهي عن المعصفر إلى نوع خاص من الأحمر ، وهو المصبوغ بالعصفر ، لأن العصفر يصبغ صِباغاً أحمر ، فما كان من الأحمر مصبوغاً بالعصفر ، فالنهي متوجه إليه ، وما كان من الأحمر غير مصبوغ بالعصفر فلبسه جائز 
(السيل الجرار : (1/165)

Asy-Syaukani رحمه الله berkata, “Masalah pakaian yang dicelup dengan pewarna (merah plain) menjadi perdebatan dalam kalangan fuqaha’. Yang dilarang keras ialah memakai busana yang dicelup dengan pewarna merah. Jika tidak dicelup, didai, maka jika bukan dengan teknik celupan, maka tidaklah dilarang.”

𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻:
[al-Sail al-Jaraar, 1:165]

5. Takde isu tasyabbuh sami buddha dalam hal ini

__

-𝗨𝗺𝗺𝘂 𝗡𝗮𝗶𝗲𝗹𝗮𝗵-

No comments: