Hanya guna 1 resepi. Dapat hasilkan 3 jenis. Seronoknyaa 🤗🤗
Resepinya
Bahan A
- 1 cawan air suam (suam panas ye)
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 peket yis (mauripan)
* satukan semua bahan dalam jug dan kacau hingga larut. Biarkan sehingga yis berbuih/ kembang. Sementara tunggu kembang, sediakan bahan2 B👇
Bahan B
- 5 cawan tepung gandum ( saya guna cap ros)
- 3 sudu besar majerin (saya guna planta)
* masukkan kedalam besen dan gaul sebati.
Bahan C
* 3/4 cawan air paip/ mineral.
Tak tau nk sukat mcm mana? Ambil gelas, anggap gelas tu ada 4 bahagian. Isi 3 bahagian gelas tu.. Maknanya tak sampai 1 cawan la. 😁😁😁
Cara nya
- Apabila yis dah cukup kembang, masukkan kedalam Bahan B dan gaul.
- Tambah bahan C sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tak melekat di tangan/ sampai lembut. (Saya uli 10 minit).
-Tutup bekas dan biar hingga kembang 20 minit.
-Tumbuk2 doh dan boleh la bentuk ikut suka. 😁
- Biarkan doh kembang lagi 10-15 minit dan boleh la goreng.
-Roti pizza saya bakar suhu 180°c 20 minit. Siappp!!!!😘
Nota*
*Pastikan cawan yang sama untuk sukat air & tepung.
* Untuk buat donat fozen, goreng separuh masak. Dah sejuk boleh pack dan simpan dlm peti.
Credit : Naz Reen
No comments:
Post a Comment