GARLIC SOCKS
Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.
MANDIAN LEMON
Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.
MINYAK MASAK
Ini petua menghilangkan batuk, bukan petua dapur! Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga boleh digunakan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.
batuk dan hidung tersumbat.
DAUN KADUK
Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi. Untuk yang duduk bandar, dan mahu praktikkan petua menghilangkan batuk tradisional ini, cubalah kenal-kenal dengan pokok herba.
SPRAY HIDUNG
Spray hidung ini boleh didapati di farmasi dan
juga klinik Spray ini membantu anak
kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri.
MINYAK BAWANG PUTIH
Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya, cuma bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut.
Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.
URUTAN BAYI
Petua menghilangkan batuk yang terakhir ialah cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan pd bayi
Bayi yang selalu di urut
mudah dijaga kerana jarang
meragam.
Tapi harus diingat, jangan
mengurut bayi ketika dia menangis
*Semoga BERMANFAAT 🥰*
No comments:
Post a Comment