"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Friday, March 22, 2024

MERAWAT BUASIR

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad. 



1. Delima + Inai + garam (Air rebusan)
Kulit buah delima yang kering, dua ibu kunyit sebesar ibu jari, segengam daun Inai dan sedikit garam. Tumbuk semua bahan berkenaan hingga lumat dan masukkan ke dalam periuk tanah bersama tiga gelas air. Hingga menjadi satu gelas air. Tapiskan airnya setelah sejuk minumlah sebelum tidur Amalkan untuk tempoh seminggu.

2. Temu lawak + gula melaka + asam jawa (Air rebusan)
Tumbukkan sehingga lumat sedikit temulawak yang dicampurkan dengan gula melaka, asam jawa dan air. 
Minumlah airnya tiga kali sehari dan lihat kesannya dalam masa seminggu

3. Daun Belimbing buluh (Bahan rendaman badan)
Hancurkan daun belimbing buluh yang masih segar, kemudian rebus dengan 10 Liter air selama 15 minit tapiskan airnya. Masukkan air tapisan itu ke dalam bekas yang boleh muat saiz badan untuk duduk berendam didalamnya. Jika perlu tambahkan sedikit air suam.  Kemudian masuk atau duduk berendam di dalam air rebusan berkenaan. Lakukan dua kali sehari dan lihatlah hasilnya selepas beberapa hari mengamalkan kaedah berendam ini.

4. Daun Petola (Bahan rendaman badan)
15 helai hingga 20 helai daun petola. Kemudian rebuskannya dengan kira-kira 10 liter air selama 15 minit tapis airnya. Masukkan air tapisan itu kedalam bekas yang muat saiz badan untuk duduk berendam didalamnya. Jika Perlu tambahkan sedikit air suam. Kemudian masuk atau duduk berendam di dalam air rebusan berkenaan.
Lakukan dua kali sehari dan lihatlah hasilnya selepas beberapa hari mengamalkan kaedah berendam ini.

5. Peria + minyak (ubat sapu)
Bahagian pokok peria yang dapat digunakan untuk merawat BUASIR ialah akar, buah dan bijinya. Bersihkan dan lumatkan akar, buah serta biji peria, Kemudian perah airnya agar memboleh ¼ cawan air.  Campurkan air Perahan itu dengan kira-kira dua sudu minyak makan. Ambil kapas dan basahkannya dengan campuran bahan peria itu lalu tampalkan pada BUASIR. 

Amallah ini sebaik-baik dilakukan setelah mengamalkan proses berendam didalam ramuan herba seperti di atas. 

*Semoga BERMANFAAT 🥰*

No comments: