"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, March 20, 2024

IKAN MASAK CUKA


Bahan-bahan:

Ikan (digoreng dahulu)
Bawang merah kecil
Bawang putih (lagi sedap kalau letak banyak)
Cili api
Biji sawi (optional)
Halia (hiris panjang halus)
Sedikit serbuk kunyit
Cuka
Garam
Perasa
Sedikit gula
Cara memasak:

1.  Tumis bawang merah kecil, bawang putih, cili api dan halia yang sudah dihiris sehingga layu. Masakan kan lebih sedap jika lebihkan kuantiti bawang putih.

2. Apabila bahan tumisan sudah layu, letakkan pula sedikit air, cuka dan serbuk kunyit untuk memberi warna ‘kuning’ kepada masakan.

3. Kemudian, perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Biarkan sehingga mendidih.

4. Apabila sudah mendidih, baru masukkan ikan yang sudah digoreng.

5. Biarkan lagi sehingga mendidih dan semuanya sebati. Ubai suai rasa kuah mengikut citarasa masing-masing sehinggga cukup rasa asam garam.

6. Selamat mencuba

No comments: