" Aku tanam pisang tapi aku tak jual pisang. Aku jual kerepek pisang. Baru boleh beli kebun berekar-ekar " Itu yang wak tu cerita dengan saya.
Saya tinggal dikampung 178km dari bandar kota Kuala Lumpur. Kampung saya di Muar. Datang Muar pagi-pagi boleh makan satey dan mee rebus. Tengah hari boleh cuba asam pedas parit jawa atau belangkas masak lemak. Malam korang cari ikan bakar tepi sungai Muar.
Hari ni saya nak cerita sikit. Saya terinspirasi cerita seorang sahabat saya panggil wak reng . Masa mudanya dia kerja di Kuala Lumpur sebagai tukang rumah. pada umur 40 an dia balik ke kampung semula. Dia mulakan berkebun kecil-kecilan. Dia pajak dulu tanah orang tumpang tanam pisang dan setelah 5 tahun diserahkan balik pada tuannya bila anak sawit dah besar.
Banyak saya belajar dengan wak. Walaupun orang kampung tapi ilmunya tinggi. Dia boleh beli kebun berekar-ekar kerana pisang tanduk sahaja.
" Tanam pisang lebih baik dari melabur ASB "
Itu wak reng yang cakap. Jangan marah dulu baca apa yang saya nak tulis.
Formula tanam pisang tanduk
Satu ekar 43500 kakipersegi.
Pisang tanduk ditanam dengan jarak 7 kaki x 7 kaki
Satu ekar dapat 850 pokok.
pisang tanduk berbuah antara 10-12 bulan. Senang cerita setahunlah.
Satu tandan pisang bergantung pada penjagaan. Dapat antara 10kg-15kg. Kalau kurang penjagaannya dapat 5 kg je. Jangan amalkan 7T (Tanam, Tak Tengok-Tengok, Tinggal...Tunggu Tuai). Panjagaan kena serious.
OK jom kita kira
850 pokok x purata berat 10kg sepokok
8.5 ton dijual secara borong kepada pembekal RM5 sekilo. Tengok kawasan. Ada yang RM4, ada yang 2.5. Ikut nasib dan pandai cari pasaran.
Semusim RM42,500 / ekar
Kalau dibuat kerepek bagaimana kiranya ?
1 kg kerepek pisang tanduk perlukan 3kg pisang.
8500kg/3 = 2800kg kerepek
1kg kerepek dijual borang dengan harga RM30 = RM84,990
Jadinya kalau tanam 5 ekar berapa
RM424,950
Banyak sangat tu, tipulah. Kalau dapat 200K pun fah banyak kan.
"Cukup ke tanam 5 ekar untuk order tiap-tiap hari? "
wak jawab " Aku sekarang ada 30 ekar. itu pun tak cukup. aku perlukan 5 ton seminggu. Itu pun akak ko je yang buat. kalau ada pekerja memang pisang tak cukup "
Kesimpulan
1. Saya nasihatkan jangan tengok sangat kiraan kat atas kertas. Tapi perlu ada asas. Jika tidak bagaimana wak ni boleh beli kebun berekar-ekar. Relax je mengeteh tiap hari.
2. Semua perkara ada masalahnya sendiri, ada risiko. Takut monyet, takut orang curi, takut penyakit pisang. KIta tawakal dan usaha sungguh-sungguh.
3. Nak jadi petani kaya kena maksimumkan pendapatan. Buat jadi produk. Belajar buat marketing. Selagi Malaysia ni ada manusia tak pindah plenet lain. Sumbur makan pertanian ni mesti laku.
Jangan marah-marah dan kecam ya, ini semua sekadar pandangan dan cadangan. Ianya hanya teori dan boleh difikirkan. Tentunya banyak lagi kos yang belum masuk. Minyak masak, minyak motor, minyak wangi nak jual kerepek nanti dan banyak lagi kos yang tersembunyi.
No comments:
Post a Comment