Bahan2 untuk Nasi
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
*1/2 sudu makan bunga cengkih
1/2 sudu makan lada hitam
1 sudu makan biji ketumbar
1/2 sudu makan buah pelaga
2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
4 cawan air rebusan ayam (boleh guna kiub pati ayam atau guna air biasa pun bole kalau xbuat stok ayam)
1/2 sudu besar garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
pewarna kuning & oren (kalau xdak ganti ngan serbuk kunyit bancuh ngan ayaq)
Cara-caranya:
-goreng tanpa minyak semua bahan kemudian blend kering sampai hampir jadi serbuk
-cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
• panaskan minyak sapi, masukkan kayu manis, buah pelaga & bunga lawang.
kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/blend pun boleh) -bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di blend tadi.gaul sebati..kemudian masukkan beras. masukkan air stok ayam perasakan garam dan masak sampai nasi kering air.
-titik2kan pewarna dan biar seketika sebelum padamkan api...bila nak hidang baru gaul gaul nasi biar bercampur warna hidang *boleh tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum..potong daun & tabur atas nasi yg dah siap hidang...
No comments:
Post a Comment