"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, March 20, 2024

Dodol Kukus


Bahan A :
1. Satu cawan santan pekat untuk buat taik minyak
2. Sedikit garam

Cara Buat Taik Minyak
Cara membuat taik minyak, santan dan sedikit garam dimasak sampai pecah minyak menggunakan api sedang selama lebih kurang setengah jam.

Bahan B
1. Daun pisang dilayu supaya lembut agar tak pecah semasa dijadikan alas dodol .

Bahan C
1. Satu cawan gula merah
2. Setengah cawan gula pasir
3. Satu cawan air

Satukan semua bahan c ke dalam periuk. Masak sampai hancur semuanya dan sejukkan

Bahan D
1. Dua cawan tepung pulut
2. Satu sudu tepung ubi
3. Satu setengah cawan santan (1.5 cwn)

Masukan semua bahan D, gaulkan sampai sebati. Bila dah rata dan sebati, masukkan bahan C (suam2 ). Kacau lagi sampai rata dan sebati. Selepas itu, tapis.

Cara Buat Dodol Kukus
1. Panaskan periuk kukus.
2. Ambil minyak dari taik minyak yang telah disediakan dan sapu pada daun pisang
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah dialas menggunakan daun pisang.
4. Kukus sampai masak (15 - 20 minit)

Dah siap, taburkan taik minyak di atas dodol kukus. Nak tahu dodol kukus dah masak, ia cantik licin serta tidak melekat di jari. Warna kehitaman mengikut warna gula. 

Selamat mencuba.

No comments: